Jadual Waktu Peperiksaan

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat menjawab peperiksaan kepada semua calon-calon UPSR.

21371352_1604158642956125_8625827961632882322_n

Bagi yang belum mendapatkan jadual peperiksaan UPSR  2017, boleh download di sini.

Jangan risau. link ini terus download jadual. Tiada adds. ^_^

Jadual UPSR 2017

Terdapat juga peraturan-peraturan asas peperiksaan disertakan.

Chill.

Tips mengajar murid kelas belakang

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini admin ingin kongsi kepada mereka yang bergelar pendidik di luar sana mengenai satu post yang dibuat oleh cikgu hailmi.

Sebagai pendidik sudah tentu anda pernah mengalami pengalaman mengajar kelas belakang. Sampai kadang-kadang anda menerima tekanan yang hebat, stress, rasa terajang je budak-budak dalam kelas tu. Namun guru-guru tidak boleh berputus asa.

Cikgu Hailmi ada berkongsikan beberapa tips untuk mengajar kelas belakang.

1. Banyak Bersabar
Mengajar kelas belakang sangat perlukan keazaman dan kesabaran yang tinggi. Mana taknya, hari nih ajar, sekejap lagi dah lupa. Itu belum kira lagi dengan pelajar yang ada masalah sikap, melawan guru dan sebagainya. Jadi jika diberi kelas belakang, sematkan dalam hati, “Aku harus sabar” 13947 kali


2. Kurangkan Bercakap
Jika kita teliti betul-betul, pelajar kelas belakang ini tak suka jika dengar kita bercakap banyak-banyak. Lagi teruk kalau kita lagi banyak berleter, daripada bercakap. Maka elakkan lah daripada banyak bercakap, sebaliknya lebih banyak buat aktiviti dengan mereka. Biar mereka sibuk membuat perkara, bukan mendengar.

Sekadar gambar hiasan

3. Ingat Nama Mereka
Pelajar kelas belakang biasanya jarang diberi perhatian dan ‘kasih sayang’ daripada guru. Malah kadang-kadang ada sesetengah guru, nama pelajar pun tak ingat. Maka dengan sedikit usaha menghafal nama mereka, secara automatic mereka akan rasa lebih sentimental dan rasa lain. Ada juga cikgu yang ingat nama mereka.

Sekadar gambar hiasan

4. Kenal Tahap Murid
Bagi guru yang jarang ada pengalaman di kelas belakang, kadang-kadang jangkaan mereka kadang-kadang melebihi kebolehan murid. Mana nak sama bakat kelas A dengan bakat pelajar kelas K. Tapi kalau kita tahu tahap mereka, dan minat mereka, maka secara tak langsung dapat merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka.

5. Pandai Tarik Perhatian
Budak kelas belakang sangat mudah terpesong focus mereka. Maka guru yang baik, adalah guru yang dapat menarik perhatian mereka, melalui penampilan, aktiviti, atau apa saja.

6. Layan Perangai Mereka
Pelajar kelas belakang ni biasa nya macam-macam sket perangai. Kadang-kadang memang mintak kasih sayang betui. Jadi maka layankan ajer lah perangai mereka sekali sekala, dalam usaha merapatkan hubungan guru dengan pelajar. Tapi jangan lebih-lebih, nanti naik kepala pulak. Ingat yer, layan secukup rasa.


7. Banyakkan Pujian
Jangan lupa bahawa peneguhan yang positif sangat banyak memberi impak positif kepada minda separa dalam murid. Jadilah seperti orang Korea dan Jepun, yang sentiasa ringan mulut nak memuji, walaupun halnya kecik sahaja. Puji baju mereka pakai kemas, walaupun tidak mahal. Puji hasil kerja mereka walaupun buruk, tetapi atas usaha. Puji sikap mereka bila bertindak baik.

8. Banyakkan Melukis
Berkemungkinan besar pelajar kelas belakang ini ramai yang tidak boleh membaca. Maka janganlah sentiasa buat aktiviti yang memaksa mereka menulis dan menulis. Sebaliknya perbanyakkan lagi aktiviti nota melalui gambar atau lukisan.

9. Pdp di Luar Kelas
Kebanyakan budak kelas belakang nih, cepat merasa bosan dengan sesuatu yang tidak dapat menarik perhatian mereka. Banyakkan pdp yang berlaku di luar kelas. Dalam masa yang sama juga ambil berat dengan isu kawalan kelas dan sebagainya. Jangan sampai macam tak terjaga.


10. Hukum dengan Kasih Sayang
Jika terpaksa juga menghukum pelajar, nyatakan terlebih dahulu kesilapan mereka dan maklumkan juga bahawa tindakan hukum tersebut adalah bagi tujuan sayang. Bagi guru yang beragama Islam, boleh lah cuba pendekatan dengan menyebut Bismillah terlebih dahulu. Pasti cair hati mereka. Kalau tak cair pun, sekurang-kurangnya dia dapat redho dihukum guru.

11. Pelbagaikan Strategi
Jangan kata murid, guru pun pasti akan bosan jika melalui aktiviti yang berulang. Maka pelbagaikan strategi pembelajaran guru supaya mereka sentiasa rasa teruja dan surprise dengan aktiviti yang guru rancangkan.

Strategi yang pelbagai dapat membantu pelajar tersebut bukan sahaja seronok dengan aktiviti pembelajaran, tetapi juga memberi kemahiran ekstra seperti pandai bergaul, berkomunikasi dan berfikiran lebih jauh hasil daripada pembelajaran kolaboratif. Pembelajaran Abad ke-21!

Sumber

Kerana wechat, hidupku hancur sia sia…

Hi Encik A, Cik B.

Silakan masuk.

“Terima kasih , Dr” jawab mereka berdua pada masa yang sama.

Masuklah seorang lelaki berumur 20-an yang Tall, Dark , Hensem dan berbadan sado. Dan tunangnye yang slim, berpakaian cantik .

Cik B, Kalau boleh izinkan saya berbincang dengan Encik A terlebih dahulu.

*Cik B pun berlenggang kangkung jalan aca aca top model keluar dari bilik*

Encik A. Anda tahu sebab anda dipanggil untuk berjumpa dengan Dr?

“Tidak , Dr. Kenapa Ye.” Jawab Encik A.

Seperti Encik tahu, Encik baru sahaja menjalani pemeriksaan saringan pra perkahwinan bersama tunang anda.

Dikepilkan sini adalah keputusan pemeriksaan anda. Sebelum anda membaca surat tersebut, sila minum air ni terlebih dahulu , “sambil menghulurkan gelas air masak”.

“Takpe lah Dr, Saya tak nak minum” – Beliau menolak dan terus membaca surat tersebut.

Mata beliau mula mengalir bila beliau terbaca “HIV RAPID TEST POSITIF”. Dan beliau terdiam seketika.

“Kami akan menghantar sample darah ke JB untuk ujian confirmation awak, tapi sebelum tu saya ingin bertanya beberapa soalan”

“Adakah anda tahu sebelum ini yang anda menghidapi penyakit tersebut?” Saya bertanya dengan suara yang serius (tiba tiba jadi mcm inspektor polis dalam Drama Tamil pulak)

“Tidak Dr” jawabnya dengan suara yang lembut.

“Minta maaf kerana bertanya soalan yang sensitif Encik, tetapi adakah anda pernah menjalinkan hubungan dengan orang lain, atau mendapatkan perkhidmatan sex worker?” Saya bertanya dengan konfiden sebab saya tahu dia tidak dapat penyakit tersebut dari tunang dia.

“Sebenarnya Dr…….”

Air mata mula mengalir deras memenuhi pipi dia. Saya pasti ia adalah air mata penyesalan.

“Sebenarnya Dr, beberapa tahun lepas masa Spm, I ada join group ini kat Wechat. Ye lah.. masa tu baru dapat telefon bimbit. Mula mula nya share gambar gambar intim dalam group tu.. lepas itu jumpa buat projek. Sekali je”.

“Adakah anda kenal perempuan tersebut?”

“Bukan perempuan , Dr”.

“Okay saya faham”, jawab saya. Adakah anda memakai perlindungan masa tersebut?

“Tidak ,Dr”

“Itu lah salah anda” jawab saya.

“Tapi Lelaki Lelaki tersebut yang memaksa saya untuk tidak memakai kondom, Baru dapat feel”.

“Lelaki Lelaki?” Bertanya saya. “Tadi cakap sekali”.

*Beliau berdiam sahaja*

Rupa rupanya beliau menjalankan sex bebas tanpa perlindungan.

“Macam mana u kenal mereka?” Saya bertanya sekali lagi.. sebab saya mesti memastikan kontak kontak dia disaring dan diberi rawatan dengan segera.

Kawan yang kasi id untuk add. Tak kenal pun mereka secara peribadi, Macam “once meet and that’s it”. Nak dapat ID pun bukannya susah. Berlambak kt internet.

Sekali lagi kesan kesan negatif dari internet. Apa yang beliau cakap adalah betul. Senang je nak search group group mcm ini online.

“Gadai terdorong ke pajak, sehari sebulan juga.”

Sekali sudah cukup . Jika anda tidak dapat mengawal nafsu dan membuat hubungan seks rambang tanpa perlindungan , anda boleh mengalami nasib yang sama seperti Encik A.

HIV boleh merebak antara sesiapa sahaja tak kira lelaki atau perempuan.

Jadi, Jangan sesekali melakukan seks rambang tanpa perlindungan.

Elakkan perbuatan zina kerana ia merupakan dosa yang besar.

Betul juga apa orang tua kita buat, Mereka kahwinkan anak anak muda mereka cepat untuk mengelakkan benda benda macam ini dari berlaku.

Jangan nak pentingkan wang hantaran sangat. Paling penting dapat pasangan yang baik untuk anak anak kita.

“When Nikah becomes expensive, Zina becomes cheap. So keep weddings simple and affordable so you can protect your child.

Fikir Fikirkan lah.

*Cerita ini adalah berdasarkan KISAH BENAR yang saya pernah jumpa. Bukannya Fiksyen. Dan ini bukannya kes pertama I jumpa dapat HIV melalui kenalan di dalam group sex chat*

Sumber

JPJ saman pemandu pakai selipar

Jabatan Pengangkutan Jalan merupakan satu agensi yang mengawal dan menguatkuasakan undang-undang di jalan raya. Pendek kata untuk memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya.

Oleh yang demikian JPJ mempunyai kuasa untuk menyaman pengguna jalan raya yang melanggar peraturan. Peraturan yang dimaksudkan semuanya ada di dalam buku peraturan jalan raya yang anda terima sewaktu mengambil lesen kenderaan di pusat memandu. Boleh juga dicari di laman web JPJ sendiri.

Wajib bagi kita sebagai pengguna jalan raya untuk mematuhi undang-undang jalan raya. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kemalangan.

Hari ini admin ingin berkongsi satu peraturan yang mungkin ramai kita tak tahu. JPJ atau polis trafik boleh menyaman pemandu yang menggunakan selipar ketika memandu.

Peraturan ini adalah wujud dan ditekankan kepada pemandu yang memegang lesen GDL. Pemandu kenderaan seperti lori ditekankan agar memandu menggunakan kasut kerana selipar boleh mengundang bahaya. Selipar yang longgar terutamanya boleh tersangkut pada pedal brake atau klac dan mengganggu pemanduan anda. Sama seperti memandu motosikal.

Bagi kenderaan kecil, penekanan terhadap peraturan ini adalah kurang. Namun bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Sebab itulah ketika anda belajar di institut memandu sebelum mendapat lesen, anda dikehendaki memakai kasut. Lepas ni memandu dengan kasut ye semua. Ingatlah orang tersayang. Berjaga sebelum kena.

Chill.

Bapa Jahanam liwat anak hingga terkeluar najis…

MashaAllah, kenapa ada manusia sejahanam ini. Kali ini viral mengenai kes seorang bapa yang bercerai dengan isterinya mempunyai 3 orang anak perempuan ini meliwat anak kandungnya sendiri! Bukan sekali, beratus kali oi!

51504842399_RogolAnak
Sumber : Astro Awani

Baca berita di bawah untuk mengetahui mengenainya:

PUTRAJAYA – Seorang ejen unit amanah dihukum penjara 48 tahun dan sebat 24 kali di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak selepas mengaku bersalah atas 623 tuduhan pelbagai kesalahan seksual.

Lelaki berusia 36 tahun itu didakwa atas satu pertuduhan merogol, satu pertuduhan penganiayaan seks, 30 tuduhan sentuhan seksual secara fizikal dan 591 tuduhan liwat.

Berdasarkan fakta kes, kali pertama mangsa diliwat adalah sewaktu menunaikan umrah bersama bapanya pada 3 April 2015 dan remaja itu berusia 13 tahun pada ketika itu.

Kejadian itu berterusan sehingga pada satu kejadian mangsa telah diliwat sehingga terkeluar najis.

Setiap kali melawan, mangsa akan ditolak, ditarik dan ditindih serta mulutnya ditutup dengan tangan.

Bapa kepada tiga orang anak perempuan itu didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa di rumah mereka di Sungai Way, Petaling Jaya dekat sini pada tarikh-tarikh berlainan pada sebelah pagi, petang dan malam.

Kejadian didakwa berlaku di antara bulan Januari dan Julai tahun ini sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam di rumah mereka di Sungai Way.

Menurut pertuduhan, tertuduh didakwa meliwat anak kandungnya setiap hari sepanjang bulan Januari, Februari, Mac, April dan Jun (termasuk ketika sambutan hari raya pada 25 Jun lalu).

Pada bulan Mei, dia didakwa meliwat mangsa setiap hari kecuali dua hari sebelum bulan Ramadan (25 dan 26 Mei) dan pada hari pertama menunaikan ibadah puasa (27 Mei).

rogol-1
Sekadar gambar hiasan

Lelaki berkenaan turut dituduh melakukan perbuatan itu setiap hari bermula 1 Julai hingga 20 Julai lalu sebelum laporan polis dibuat oleh bekas isteri tertuduh pada 25 Julai lalu.

Yang turut hadir pada prosiding hari ini ialah Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim. – UTUSAN ONLINE

Sumber : terengganutimes.com

Unik tapi Benar…

Terdapat banyak tempat di seluruh dunia ini yang amat unik. Keunikannya sama ada dicipta oleh manusia ataupun semula jadi. Kelebihan-kelebihan ini menyebabkan tempat-tempat tersebut menarik dan sering dikunjungi oleh pelancong daripada pelbagai pelusuk dunia.

Jom kita lihat gambar-gambarnya.

1. Sungai yang membeku, Swiss.

foto-tampak-tidak-nyata-11
Ini adalah air yang telah membeku. Begitu juga saat sungai membeku, inilah bentuk rupanya. Terdapat goresan-goresan lurus yang ada pada permukaan sungai.

2. Pergunungan Gunsu, Tiongkok

foto-tampak-tidak-nyata-03
Pergunungan Gansu yang terdapat di Tiongkok ini memiliki pemandangan yang berwarna warni, dan kelihatan seperti ilusi.

3. Kapal yang terapung

foto-tampak-tidak-nyata-09
Kapal ini kelihatan tidak terapung di air. Namun jika diteliti lebih lanjut, sebenarnya kapal ini mengapung. Hanya saja kerana permukaan air yang begitu jernih dan dilihat dari jarak yang jauh, membuat siapa saja yang melihatnya menyangka kapal ini tidak mengapung di atas air.

4. Negeri atas awan, Bolivia.

foto-tampak-tidak-nyata-02
Gambar ini kelihatan seperti ilusi. Tapi ternyata foto ini adalah benar dan nyata. Kelihatan seorang lelaki sedang berjalan diatas gundukan garam. Lokasi gambar ini di Bolivia.

5. Gedung Hausmannian, Paris

foto-tampak-tidak-nyata-04
Bangunan Hausmannian yang terletak di George V Avenue, Paris, dikenal sebagai ‘bangunan meleleh.’ Ilusi optikal itu dikenal sebagai trompe l’oleil – artinya, “menipu mata.”
035455200_1504775789-5__-art-terms-painting-styles__Pinterest
Seniman yang mengagasnya adalah John Pugh yang telah melakukan tipuan mata selama lebih dari 30 tahun. Menurutnya, “Orang menikmati waktu ditipu secara visual.” Bangunan meleleh itu adalah salah satu karya dari sejumlah karya Hausmannian di Paris. Nama itu berasal dari program renovasi George-Eugene Hausmann yang ditugasi oleh Napoleon III antara 1853 dan 1870.

6. Patung besi Ukiran 3D, New Zealand.

foto-tampak-tidak-nyata-05
Ukiran patung logam ini terdapat di New Zealand. Ia diinspirasikan oleh pematung terkenal, Neil Dawson di New Zealand. Ukiran ini dinamakan ‘Horizon’ dan boleh dikunjungi di Gibbs Farm.

 

Sumber : Infoseeker.blogspot.my

Tips memandu kereta menempuhi banjir di jalan raya

Kebiasaan di Malaysia adalah musim hujan pada penghujung tahun. Dengan beriklimkan panas dan sejuk sepanjang tahun, adalah perkara biasa kita melihat hari hujan dan kemudiannya panas bersambung.

nissan-leaf-wading-flood-water_1.jpg

Banjir juga menjadi bualan pada ketika ini memandangkan banyak kes banjir yang berlaku di seluruh negara. Kadang kala hujan hanya turun selama 2 hingga 4 jam boleh menyebabkan banjir dan air naik sehingga paras lutut. Keadaan sama berlaku di jalan raya. Hal ini mungkin disebabkan sistem perparitan yang bermasalah seperti tersumbat, dan saliran tidak betul.

Apabila air naik sehingga ke paras lutut misalnya, adakah masih berkebolehan bagi kenderaan anda untuk melaluinya? Jom baca tips-tips berikut jika ingin mengharungi banjir di jalan raya.

1. Elakkan melalui banjir.

Tips yang pertama dan yang paling utama ialah jangan ambil risiko melalui jalan yang banjir sama sekali! Jika anda rasa ragu-ragu, adalah lebih baik anda mencari jalan alternatif ataupun berpatah balik sahaja. Hal ini kerana kekuatan air yang mengalir itu boleh menghanyutkan kereta. Tahukah anda, air yang mengalir laju hanya perlu setinggi 1 kaki sahaja untuk menghanyutkan sebuah kereta bersaiz kecil?

Anda hanya akan melaluinya(banjir) jika anda benar-benar yakin dengan kemampuan kereta anda. Gunakan aplikasi GPS seperti Waze untuk mengetahui keadaan jalan yang ingin anda lalui.

2. Ukur ketinggian(kedalaman) air

Jangan cuba untuk melalui jalan yang banjir setinggi bahagian bawah kereta ada. Hal ini dapat mengelak daripada kereta anda ditarik oleh air semasa melaluinya. Bahagian luar kereta anda mungkin dibina untuk tahan air, tetapi bahagian dalam kereta anda mungkin akan rosak sekiranya anda melalui jalan yang banjir dan dalam. Lihat pada permukaan jalan di seberang, jika anda masi dapat melihat garisan, anda mungkin boleh melaluinya.

Jika anda sangat yakin untuk melalui jalan yang banjir, pastikan anda melalui pada bahaagian permukaan jalan yang tinggi kerana paras air adalah lebih rendah di kawasan tersebut. Kebiasaanya permukaan yang tinggi adalah di tengah-tengah jalan raya(dipengaruhi juga oleh keadaan jalan dan kualiti jalan).

3. Memandu melalui jalan yang banjirnya tenang

Seperti yang dikatakan pada awalnya, jangan memandu melalui jalan yang banjir. Namun jika anda yakin, pastikan air banjir di jalan raya yang ingin anda lalui adalah tenang. Elakkan mengekori kenderaan lain yang cuba melalui jalan banjir. Hal ini menyebabkan keadaan air berkocak dan mengalir lebih deras dan boleh menyebabkan kenderaan anda dibawa oleh air.

Pastikan anda hanya membawa selaju 3 km/h bagi mengelakkan tayar tergelincir semasa melaluinya. Jangan biarkan air terlalu tinggi dan melalui sehingga atas bonet enjin anda kerana untuk mengelakkan daripada enjin anda menyedut air melalui “air intake”. Gunakan gear rendah dan kekalkan pada satu-satu kelajuan(3 km/h). Elakkan berhenti di tengah-tengah jalan yang banjir. Ia boleh menyebabkan air akan masuk ke dalam paip ekzos anda.

4. Pastikan kenderaan anda dilindungi insuran banjir

Setiap tahun anda memperbaharui dan membayar insuran kereta anda. Sekiranya kawasan tempat tinggal anda seringkali mengalami masalah banjir, adalah disarankan supaya anda mengambil insuran banjir bagi kereta anda. Bagi sebuah kenderaan yang berharga RM120,000, dan mempunyai enjin 1.8 litre sedan, anggara jumlah insuran banjir tahunan adalah sekitar RM500. Lebih berbaloi daripada anda menghabiskan duit untuk memperbaiki kenderaan anda yang rosak ketika banjir. Sekiranya air masuk ke dalam enjin, anda memerlukan sekitar RM2000 –  RM10000 bagi kenderaan kecil untuk memperbaiki kerosakannya.

Anda perlu ingat bahawa enjin bagi kebanyakan kereta baharu pada masa kini dilengkapi dengan sistem elektronik yang lebih canggih. Banyak komponen elektrik yang mudah rosak apabila terkena air. Beringatlah sebelum kena.

Jangan lupa share kepada rakan-rakan anda.

Like facebook kami di Ceredit

Sumber : Carlist.my

 

Kalau suami mati, siapa dapat harta?

Asalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai yang bertanya dan masih lagi tidak tahu mengenai pengurusan harta dan pusaka apabila berlakunya sesuatu yang tidak diingini terhadap ahli keluarga atau sesiapa sahaj yang terdekat dengan kita. Persoalan yang akan wujud ialah siapakah yang akan mengurus semua harta peninggalan si mati(jika berkaitan dengan kematian lah), dan macam-macam lagi soalan.

Jom baca sedikit mengenai Pengurusan harta pusaka ini. Admin share daripada seorang pengguna Facebook iaitu Akmal Afiq. Credit untuk beliau.

18558784_1540146549389002_7607524389081960564_o18556522_1540147589388898_3506363553048830327_o18559026_1540147759388881_86649336412224655_o18556487_1540148576055466_3462336176165651640_o18620812_1540149042722086_6957937015576420335_o18556447_1540149922721998_7834477821964389239_o18620845_1540150112721979_4449312080441426342_o18595425_1540150956055228_2503157208145428683_o18623537_1540151209388536_7806803440233330052_o18556506_1540152236055100_8187432770800384923_o18558545_1540152579388399_7808151735888865582_o18623214_1540152602721730_4128641636316530093_o18620972_1540152639388393_5006794282443074059_o18620972_1540152639388393_5006794282443074059_o (1)18588867_1540148806055443_1721337948882610843_o

Up ↑