Cuti umum dan hari pelepasan tahun 2018

Jadual cuti dan hari pelepasan untuk tahun 2018 sudah pun dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri. Oleh itu anda-anda semua boleh lah merancang perjalanan atau percutian anda untuk tahun hadapan.

Tempahan tikel kapal juga boleh dibuat jika ingin bercuti atau kembali ke tempat sendiri.

Berikut merupakan jadual tersebut.

Advertisements

Penjawat Awam diberi cuti tanpa rekod CTR bertugas sebagai sukarelawan

Sukarelawan yang bertugas sebagai penjawat awam diberi cuti?

Betul ke?

Semua rakyat Malaysia berpeluang menjadi sukarelawan bagi temasya Sukan SEA di Kuala Lumpur pada tahun ini. Tugas seorang sukarelawan ini amatlah penting kerana merekalah yang membantu melicinkan perjalanan sukan tersebut. Besar sumbangan mereka. Namun bagi mereka yang bekerja sebagai penjawat awam, guru, polis, bomba, kerja dengan kementerian kesihatan, dan lain lain, adakah mereka mendapat cuti ketika bertugas pada hari hari bekerja?

Surat yang bertarikh 17 ogos di bawah boleh menerangkan persoalan amda.

Penjawat awam boleh memohon CTR daripada majikan.

Majulah sukan untuk negara. Jia you Malaysia!

Lagi kes guru pukul murid…

Berita harini mengatakan seorang guru memukul anak muridnya menggunakan buku teks tanpa sebarang alasan munasabah.

Berikut merupakan petikan daripada sinar harian mengenai perkara tersebut.

SEGAMAT – Seorang bapa di Felda Kemelah, di sini, mendakwa anak lelakinya dipukul seorang guru lelaki di kepala dan belakang tengkuknya menggunakan buku teks, Rabu lalu. Azman Abd Aziz, 51, berkata, dia yang berniaga di kantin sekolah tersebut hanya dimaklumkan kejadian yang menimpa anak lelakinya, Nor Aiman, 12, kira-kira pukul 10.15 pagi selepas anaknya itu mengadu kepadanya. “Saya kesal apabila guru tersebut memukul kepala anak saya beberapa kali menggunakan buku teks tanpa sebarang alasan munasabah dan akibat kejadian tersebut, dia (anak) sering mengadu sakit kepala kepada saya.

Baca selanjutnya di Sinar harian

Sebenarnya kes ini bukan perkara baru. Banyak kes kes yang membabitkan guru memukul anak murid dan sebagainya. Namun begitu sebelum kita membuat andaian, kita perlu mendengar daripada kedua belah pihak untuk mengetahui perkara yang sebenar.

Ilustrasi-guru-pukul-murid

Berkenaan dengan berita tersebut, admin tidak berpihak kepada mana-mana individu, namun pendapat admin, semua perkara berlaku hadir bersama sebabnya. Daun yang bergoyang disebabkan angin yang bertiup, angin yang bertiup disebabkan perubahan dan pergerakan haba di muka bumi, perubahan haba berlaku daripad pelbagai faktor. Begitu juga kes ini. Mungkin guru tersebut dalam keadaan strees lalu memukul murid tersebut, ataupun ada perkara yang dilakukan oleh murid tersebut yang menyebabkan guru itu melakukan perkara sedemikian. Kita perlu tahu latar belakang perkara ini.

Orang-Tua-Protes-Oknum-Guru-SD-Diduga-Pukul-Murid_184937

Perkara yang membolehkan anda mengambil CRK lebih daripada 7 Hari

Sebagai seorang penjawat awam, anda haruslah tahu bahawa Cuti Rehat Khas ini adalah hak semua penjawat awam yang mana diluluskan oleh majikan masing-masing bersesuaian dengan alasan dan sebab cuti tersebut dimohon. Setiap individu diberikan peruntukan CRK sebanyak 7 hari.
Bagaimana pula sekiranya anda memerlukan CRK lebih daripada 7 hari? Malang memang tidak berbau, bukan kita tahu bila sesuatu itu hendak berlaku. Jangan risau, anda sebenarnya boleh memohon cuti CRK lebih daripada 7 hari setahun. Ketua Jabatan(majikan) boleh memberi kelulusan CRK melebihi bilangan yang dilayaki tanpa terikat dengan tempoh perkhidmatan yang melayakkan , TERHAD untuk tujuan-tujuan berikut:

1. MENZIARAHI AHLI KELUARGA DAN AHLI KELUARGA YANG RAPAT YANG SAKIT TENAT ATAU MENINGGAL DUNIA.

2. MENZIARAHI UPACARA KEAGAMAAN YANG DI ANUTI PEGAWAI.

3. DALAM KEADAAN KECEMASAN ATAU KEMALANGAN YANG MENIMPA SEPERTI KEBAKARAN, BANJIR DAN SEBAGAINYA.

4. MAJLIS KONVOKESYEN BAGI PEGAWAI ATAU AHLI KELUARGA.

5. MENDAFTAR ANAK KE SEKOLAH ATAU INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI(DALAM ATAU LUAR NEGARA)
6. MENUNAIKAN FARDU HAJI SEKIRANYA TEMPOH 40 HARI TIDAK MENCUKUPI.

7. MENGHADIRI KURSUS SUAI KENAL BAGI KURSUS LUAR KAMPUS.

8. PERKAHWINAN PEGAWAI ATAU ANAK PEGAWAI
semoga bermanfaat kepada anda. ^_^
[1]circularfile_file_001229[2]circularfile_file_001229[3]circularfile_file_001229[4]circularfile_file_001229

Up ↑