Kucing beri pengajaran kepada wanita yang sering dedah “aset”.

Hawa : Assalamualaikum..mak. Ni ikan yang emak pesan, nak letak kat mana.? Ibu : Seekor letak bawah tudung saji, seekor lagi letak je dalam pinggan atas meja. Hawa : Baik mak. Tak lama selepas tu datang seekor kucing makan ikan di atas meja. Si ibu hanya melihat sambil tersenyum. Datang si Hawa lalu terkejut..😳 Hawa : Ibu.!! Kucing makan ikan atas meja, kenapa ibu tak halau. Ibu : (sambil tersenyum) Kenapa nk halau..?? Hawa : Ye..lah, kucing makan ikan yang Hawa beli tu. Ibu : Biarkan lah, Hawa yg tak tutup ikan tu, bukan salah kucing. Dia nampak *”rezeki”,* jadi dia makan lah. Hawa : Ibu yang suruh letak mcm tu atas meja, Hawa ikut je..hhmmmmmmm. Ibu : Hawa, ibu saja je nk suruh Hawa letak ikan mcm tu, kucing tu pun ibu yg bagi masuk. Hawa : Tapi kenapa..?? Ibu : Dalam hidup ni kita dibagi pilihan. Tapi apa pilihan yang kita ambil, itu kita yg tentukan. Hawa : Hawa tak paham lah ibu. Ibu : Kucing itu seperti lelaki (sambil melihat kucing yg tgh sibuk mkn..nyum nyum) dan ikan itu pula ibarat Hawa. Hawa : Hahahaha..tapi apa maksud ibu..?? Ibu : Hawa beli 2 ekor Ikan, seekor ada bawah tudung saji, elok tak terusik pun oleh kucing, nampak pun tak. Seekor lagi yg tengah sedap di ratah kucing. Nak marah kucing tu pun tak boleh jugak sebab Hawa yg letak terdedah macam tu. Hawa, Hawa anak ibu selama ini ibu lihat Hawa berpakaian ketat, tudung jarang² pakai. Hawa sedar tak yg banyak mata lelaki memerhati yang cuba ambil peluang untuk *”meratah”* Hawa. Andai takdir Hawa seperti ikan yg diratah kucing itu, ibu marah *”kucing”* yg dah meratah pun tak guna sebab Hawa sendiri tak jaga apa yang sepatutnya Hawa jaga. Masa tu Hawa sesal pun dah tak guna. Hawa: Ibuuu 😔.. Ibu : Ibu tak nak marah anak ibu sebab anak ibu syurga ibu, jadi ibu tunjuk dengan cara ni, ibu harap Hawa paham apa yg ibu nk tunjukkan. Kita kaum wanita, kalau tak jaga diri dan kehormatan diri, jangan marah kalau ada yang ambil kesempatan sebab kita yg bagi peluang. Hawa : Ibu..maaf kan Hawa sebab buat ibu sedih, mulai hari ini, Hawa akan berubah. Sebab Hawa nak ke syurga Allah dengan ibu.. Sayang ibu.. Sumber : facebook Amir Zarith Sumber Sekadar gwmbar hiasan

Advertisements

Kerana Pemadam Kaler Hitam, Peperiksaan UPSR Tergendala…

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini admin ingin kongsikan kisah seorang guru yang menjadi seorang pengawas UPSR. Kisah ini diilhamkan daripada kisah benar. Chill ^__^ .

ke_06.1.jpg
Sekadar gambar hiasan

Aku seorang guru di sebuah sekolah rendah di Malaysia. Nak dijadikan cerita, aku dilantik menjadi salah seorang pengawas peperiksaan di sekolah X. Kalau tak silap, sekolah tu lebih kurang 5 kilometer daripada sekolah aku. Taklah jauh. Nak timba pengalaman lah katakan.

Tanggal 07 September 2017, aku menerima Whatsapp mengatakan aku ada taklimat dan melawat pusat pada 08 September 2017. Maka keesokan hari(08 hb) aku pun pergilah ke pusat tu di sekolah X tadi seawal pukul 8 pagi kerana taklimat tersebut pada pukul 8.30. Setiba di sekolah tersebut, aku dan beberapa lagi pengawas lain (baru kenal) disambut oleh guru besar sekolah tersebut. Kurang lebih pukul 9 pagi, kami dibawa melawat dewan peperiksaan(ada 5 dewan, kelas je sebenarnya). Sambil melawat, kami memeriksa sama ada dewan tersebut boleh digunakan sebagai dewan peperiksaan ataupun tidak. Selepas lawatan tersebut, kami diberi taklimat oleh Ketua Pengawas. Agak strict jugak la, tapi aku ok je.

image.jpg
Sekadar gambar hiasan

Aku pun agak teruja kerana ini kali pertama aku dilantik menjadi pengawas UPSR. Dipendekkan cerita, hari pertama peperiksaan UPSR berjalan, aku ditugaskan menjaga dewan 1. Pada awalnya rasa berdebar kot, teringat ketika aku sendiri mengambil peperiksaan UPSR beberapa belas tahun yang lepas. Namun, pada sidang yang kedua, aku berasa agak bosan pulak. Semua telefon pengawas dikunci dalam peti besi. Tak boleh la nak bukak facebook. Adoi!. Tapi itulah tanggungjawab seorang pengawas. Hari pertama ku kira lancar. Tak ada masalah sangat.

Hari kedua, aku ditugaskan menjaga dalam bilik 4. Dalam tu ada 16 orang murid je. Tak lah ramai, dewan tu pun besar. Mungkin benda dah nak jadi, hari tu elektrik tak hidup pulak dah di dewan tersebut. Agak panas juga lah, kasihan murid-murid yang mengambil peperiksaan. Dengan keadaan itu, suasana menjadi sangat senyap. Selalunya kipas syiling tu akan memenuhi keheningan sewaktu peperiksaan. Kali ini hanya bunyi tapak kasut aku je yang bising. Sedang aku bergerak dari meja ke meja, tiba-tiba sebiji pemadam jatuh dari meja seorang calon ini. Bergolek pemadam tu hingga ke belakang. Yelah, sebagai pengawas, akulah yang kena kutip menatang tu. Lalu dengan langkah yang yakin aku pun kutip la pemadam tu. Aku tunduk kutip pemadam tu kaler hitam, tak disengaja aku terkentut. Adoi, kuat pulak tu. Malu siott! Semua calon dalam dewan tu ketawa. Aku pula merah padam dah muka ditambah lagi dengan bau bauan kentut tu. pergg. Tergendala sebentarlah sesi menjawab soalan. Aku still ok la, masih boleh control, tapi dalam hati, mak ai, malu bagai tinggi gunung kinabalu. Aku pun beritahu kepada calon-calon tu agar senyap dan teruskan menjawab. Sempat jugak aku minta maaf.

peperiksaan.jpg
Sumber : Google

Pengalaman hari kedua tu telah mengajar aku agar lebih berhati-hati. Jangan kerana pemadam kaler hitam, habis muka ku merah padam.

Sekian.

(Cerita ini sekadar pengkongsian. Jika melibatkan mana-mana pihak, aku minta maaf sangat-sangat ya. BTW, Good Luck Calon-calon UPSR 2017)

Jadual Waktu Peperiksaan

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat menjawab peperiksaan kepada semua calon-calon UPSR.

21371352_1604158642956125_8625827961632882322_n

Bagi yang belum mendapatkan jadual peperiksaan UPSR  2017, boleh download di sini.

Jangan risau. link ini terus download jadual. Tiada adds. ^_^

Jadual UPSR 2017

Terdapat juga peraturan-peraturan asas peperiksaan disertakan.

Chill.

Tips mengajar murid kelas belakang

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini admin ingin kongsi kepada mereka yang bergelar pendidik di luar sana mengenai satu post yang dibuat oleh cikgu hailmi.

Sebagai pendidik sudah tentu anda pernah mengalami pengalaman mengajar kelas belakang. Sampai kadang-kadang anda menerima tekanan yang hebat, stress, rasa terajang je budak-budak dalam kelas tu. Namun guru-guru tidak boleh berputus asa.

Cikgu Hailmi ada berkongsikan beberapa tips untuk mengajar kelas belakang.

1. Banyak Bersabar
Mengajar kelas belakang sangat perlukan keazaman dan kesabaran yang tinggi. Mana taknya, hari nih ajar, sekejap lagi dah lupa. Itu belum kira lagi dengan pelajar yang ada masalah sikap, melawan guru dan sebagainya. Jadi jika diberi kelas belakang, sematkan dalam hati, “Aku harus sabar” 13947 kali


2. Kurangkan Bercakap
Jika kita teliti betul-betul, pelajar kelas belakang ini tak suka jika dengar kita bercakap banyak-banyak. Lagi teruk kalau kita lagi banyak berleter, daripada bercakap. Maka elakkan lah daripada banyak bercakap, sebaliknya lebih banyak buat aktiviti dengan mereka. Biar mereka sibuk membuat perkara, bukan mendengar.

Sekadar gambar hiasan

3. Ingat Nama Mereka
Pelajar kelas belakang biasanya jarang diberi perhatian dan ‘kasih sayang’ daripada guru. Malah kadang-kadang ada sesetengah guru, nama pelajar pun tak ingat. Maka dengan sedikit usaha menghafal nama mereka, secara automatic mereka akan rasa lebih sentimental dan rasa lain. Ada juga cikgu yang ingat nama mereka.

Sekadar gambar hiasan

4. Kenal Tahap Murid
Bagi guru yang jarang ada pengalaman di kelas belakang, kadang-kadang jangkaan mereka kadang-kadang melebihi kebolehan murid. Mana nak sama bakat kelas A dengan bakat pelajar kelas K. Tapi kalau kita tahu tahap mereka, dan minat mereka, maka secara tak langsung dapat merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka.

5. Pandai Tarik Perhatian
Budak kelas belakang sangat mudah terpesong focus mereka. Maka guru yang baik, adalah guru yang dapat menarik perhatian mereka, melalui penampilan, aktiviti, atau apa saja.

6. Layan Perangai Mereka
Pelajar kelas belakang ni biasa nya macam-macam sket perangai. Kadang-kadang memang mintak kasih sayang betui. Jadi maka layankan ajer lah perangai mereka sekali sekala, dalam usaha merapatkan hubungan guru dengan pelajar. Tapi jangan lebih-lebih, nanti naik kepala pulak. Ingat yer, layan secukup rasa.


7. Banyakkan Pujian
Jangan lupa bahawa peneguhan yang positif sangat banyak memberi impak positif kepada minda separa dalam murid. Jadilah seperti orang Korea dan Jepun, yang sentiasa ringan mulut nak memuji, walaupun halnya kecik sahaja. Puji baju mereka pakai kemas, walaupun tidak mahal. Puji hasil kerja mereka walaupun buruk, tetapi atas usaha. Puji sikap mereka bila bertindak baik.

8. Banyakkan Melukis
Berkemungkinan besar pelajar kelas belakang ini ramai yang tidak boleh membaca. Maka janganlah sentiasa buat aktiviti yang memaksa mereka menulis dan menulis. Sebaliknya perbanyakkan lagi aktiviti nota melalui gambar atau lukisan.

9. Pdp di Luar Kelas
Kebanyakan budak kelas belakang nih, cepat merasa bosan dengan sesuatu yang tidak dapat menarik perhatian mereka. Banyakkan pdp yang berlaku di luar kelas. Dalam masa yang sama juga ambil berat dengan isu kawalan kelas dan sebagainya. Jangan sampai macam tak terjaga.


10. Hukum dengan Kasih Sayang
Jika terpaksa juga menghukum pelajar, nyatakan terlebih dahulu kesilapan mereka dan maklumkan juga bahawa tindakan hukum tersebut adalah bagi tujuan sayang. Bagi guru yang beragama Islam, boleh lah cuba pendekatan dengan menyebut Bismillah terlebih dahulu. Pasti cair hati mereka. Kalau tak cair pun, sekurang-kurangnya dia dapat redho dihukum guru.

11. Pelbagaikan Strategi
Jangan kata murid, guru pun pasti akan bosan jika melalui aktiviti yang berulang. Maka pelbagaikan strategi pembelajaran guru supaya mereka sentiasa rasa teruja dan surprise dengan aktiviti yang guru rancangkan.

Strategi yang pelbagai dapat membantu pelajar tersebut bukan sahaja seronok dengan aktiviti pembelajaran, tetapi juga memberi kemahiran ekstra seperti pandai bergaul, berkomunikasi dan berfikiran lebih jauh hasil daripada pembelajaran kolaboratif. Pembelajaran Abad ke-21!

Sumber

UPSR, murid lain boleh cuti?

Anda-anda semua di sana. Asalamualaikum dan salam sejahtera. Anda-anda semua pasti pernah bercuti ketika kakak abang senior amek exam awam kan? Masa anda-anda semua tingkatan 1 atau 2 dicutikan ketika peperiksaan PMR(beberapa tahun yang lalu sebelum ditukar menjadi PT3)

Persoalannya, boleh ke guru besar atau pengetua bagi cuti?

Jawapannya sila baca pekeliling di bawah.

Semoga bermanfaat.

Jangan lupa share.