0

Kenapa kita selalu nak buang air kecil jika kesejukan?

Pernahkah anda mengalami situasi ini? Anda menaiki kapal terbang daripada suatu tempat ke suatu tempat, dan seperti yang kita sedia maklum, kapal terbang menggunakan penghawa dingin sepanjang penerbangan. Adakah suhu sejuk di dalam kapal terbang menyebabkan anda kerap kali berasa ingin buang air kecil?

download

Sekadar gambar hiasan. Sumber : google search image

Jika anda pergi melawat kawasan-kawasan sejuk dalam negara seperti Cameron Highland, ataupun kaki gunung Kinabalu, Kundasang, anda pasti akan mengalami situasi ini. Namun, adakah benar bahawa suhu bertindak balas dengan kekerapan kita membuang air kecil? Jom baca kupasan di bawah.

Mungkin ramai antara kamu yang telah mengetahui perkaitannya. Namun bagi mereka yang belum mengetahui, perkaitan antara suhu dan kekerapan anda ke tandas adalah benar.

Jika suhu sejuk, maka kekerapan ke tandas untuk membuang air kecil tinggi. Persoalannya ialah mengapa?

Semasa kita berada di tempat yang sejuk, badan kita akan cuba untuk mengekalkan tahap kepanasan badan. Tubuh badan manusia memerlukan haba untuk kekal berfungsi dengan baik. Oleh itu tubuh badan haruslah mengekalkan suhu optimum agar semua organ dalam badan berfungsi dengan cemerlang. Tubuh badan kehilangan banyak haba melalui organ terbesar kita iaitu kulit. Untuk mengatasi kehilangan haba sewaktu cuaca sejuk, tubuh badan kita akan cuba mengurangkan pergerakan darah di dalam saluran darah. Pergerakan darah ini meningkatkan lagi kecepatan kehilangan haba dalam badan terutama pada bahagian kaki dan tangan. Darah memainkan peranan yang amat penting dalam mengekalkan suhu badan. Sistem tubuh badan akan mengecutkan saluran darah sewaktu badan kita sejuk untuk mengurangkan pergerakan darah. Bagi membenarkan pengecutan ini berlaku, sel-sel darah haruslah dikurangkan saiznya daripada saiz asal. Apa yang berlaku ialah cecair-cecair yang kurang penting di dalam darah akan dirembeskan melalui ginjal bagi mengurangkan saiz darah dan membenarkan pengecutan saluran darah. cecair lebihan yang ditapis di ginjal tadilah yang akan menjadi air kencing anda. Sebab itulah ketika badan anda sejuk, anda lebih kerap ke tandas. Perkara ini adalah normal dan salah satu tindak balas tubuh badan bagi menghadapi cuaca sejuk.

99119

Sekadar gambar hiasan. Sumber: Google Search Image

Jangan lupa share.

Chill ^_^.

Advertisements

Admin

Leave a Reply