bee-2286122_960_720
Madu lebah yang dipelihara (sumber:google)

Madu merupakan antara makanan yang paling berkhasiat yang boleh kita temui di muka bumi. Banyak jenis madu yang ada yang mana jenis madu ini biasanya ditentukan oleh si pengumpulnya(lebah madu). Ada macam-macam jenis lebah madu yang bekerja keras melawat ribuan bunga dan mengumpulkannya.

Kerana permintaan madu yang amat tinggi dalam pasaran, ramai peniaga madu lebah ini telah mencampurkan bahan-bahan tertentu untuk mengaut keuntungan. Biasanya peniaga madu akan mencampurkan air gula untuk menambahkan kuantiti madu dan menjualnya sama dengan harga madu asli.

MADU2e
Madu lebah yang sedia dipasarkan

Oleh yang demikian, sebagai pembeli perlulah memeriksa ketulenan madu yang dibeli di pasaran jika ingin mendapatkan madu yang asli bagi mengelakkan diri tertipu. Ada yang mengatakan bahawa Madu dapat dipastikan keasliannya dengan menggunakan semut. Sekiranya madu tersebut dihinggapi oleh semut, maka madu itu bukan madu asli.

Honeypot ants (Myrmecocystus mimicus) at Oakland Zoo
Sekumpulan semut membawa balik madu daripada sarang lebah ke sarang semut (Sumber : Google)

Mitos atau Fakta? 

Jawapannya ialah Mitos semata-mata.

Semut merupakan haiwan semulajadi ciptaan Allah yang amat unik. Semut lebih tertarik kepada madu asli kerana nutrisi yang ada pada madu itu amat baik. Sedangkan semut makluk Tuhan yang kecil ini pun mengetahuinya. Kajian pernah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di eropah untuk mengkaji kebenarannya. Ternyata ada semut yang tidak tertarik pada madu lebah. Namun begitu banyak jenis semut yang memilih untuk menjadikan madu sebagai salah satu senarai makanan pilihan mereka. Selain daripada itu, madu mempunyai pelbagai flavor bergantung pada bunga-bunga asal madu tersebut. Ada sesetengah perisa(flavor) tersebut tidak disukai oleh semut. Namun Masih belum ada kajian yang mendalam mengenai perkara ini.

lechenie-akne-syrym-medom-524x3491

Oleh itu, menggunakan semut untuk memastikan keaslian madu adalah MITOS dan keputusannya tidak boleh diterima pakai kerana ada semut yang tertarik pada madu dan ada juga semut yang tidak tertarik pada madu.

Tips mengenalpasti madu asli.

madu asli
Madu asli tidak larut dalam air pada gelas sebelah kanan. (Sumber : Google)

Gunakan tips berikut untuk mengenalpasti keaslian madu

  1. Madu mempunyai berat jisim yang berlainan daripada air. Jika madu dimasukkan ke dalam gelas kaca yang berisi air, madu asli akan berkumpul di dasar gelas kerana madu asli mempunyai ketumpatan yang lebih berbanding air. Jika madu itu larut di dalam air (walaupun anda tidak membancuhnya) maka itu adalah madu yang telah dicampurkan air gula atau bahan-bahan lain.

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaan kepada anda semua.

Chill! ^_^

Advertisements

Leave a Reply