Asalamualaikum dan salam sejahtera. Episod mitos atau fakta yang pertama daripada admin, ramai yang bertanyakan mengenai beteri telefon, adakah bateri telefon akan rosak jika terlebih cas?

download

Ramai antara anda yang pernah melakukan ini bukan? maksud admin, terlebih mengecas telefon. Kebanyakan kita sibuk dengan urusan seharian dan mengambil keputusan untuk mengecas telefon kita sebelum tidur. Telefon kita akan sepenuhnya dicas pada jam 3 pagi(contoh), tapi kita bangun jam 7 pagi. Apa yang berlaku, telefon terlebih cas bukan. Ramai berpendapat bahawa bateri akan rosak dan boleh menyebabkan terbakar jika terlebih cas.

Okay, keputusannya ialah, ini adalah Mitos dan juga Fakta.

Mitos :

Bateri telefon pintar yang ada pada masa kini telah dilengkapi dengan sistem yang cukup pintar, yang mana jika telefon kita telah dicas penuh, ia akan berhenti mengecas secara automatik walaupun masih bersambung dengan pengecas. tak caya? buat banyak research. Yela, mesti syarikat pembikinan telefon ini telah memikirkan masalah ini dan membuat penyelesaiannya. perkara ini sdah lama berlaku, so, dah banyak pembaharuan dilakukan. Maka anda di luar sana, tak perlu risau jika bateri terlebih cas, kerana itu adalah mustahil bagi telefon-telefon yang serba canggih kini. Namun kita beringat-ingatlah, jangan la sengaja terlebih cas kan.

CR-Magazine-Hero-how-to-maximize-your-smartphone-battery-life-11-16-v2-

Fakta:

Bagi telefon yang dikeluarkan 2014(anggaran) dan kebawah, ada kemungkinan perkara ini berlaku. Hal ini kerana ada peranti yang belum dipasang sistem berhenti cas secara automatik tu, yang macam ada kat hp korang zaman sekarang ni. Sebagai contoh, Nokia 3110 tu kalau lebih cas, lama2 baterinya akan kembung? bukan?

overcharge-phone.jpg

Tambahan : 

Kamu perlu mengetahui bahawa bateri telefon pintar ini ada jangka hayatnya. Akan sampai suatu masa bateri itu akan rosak, atau tidak dapat menyimpan cas dengan lama. Hal ini masih belum dapat diatasi oleh semua pengeluar peranti-peranti yang menggunakan bateri yang sebegitu. Jadi kalau telefon tu dah hangkang dah baterinya, p la kedai, tukar.

download (1).jpg

Tips memanjangkan hayat bateri peranti telefon anda :

  1. Jangan biarkan telefon anda kurang daripada 5 peratus bateri. Bateri perlu ada cas di dalamnya untuk berfungsi dengan baik. Jika bateri tidak ada cas, boleh menyebabkan bateri tersebut rosak. Nasihat admin, kalau dah 10 atau 20 peratus bateri tu, cas la dia. Itu yang terbaik untuk menjaga hayat bateri.
  2. Jangan jemur peranti anda di bawah cahaya matahari. Hal ini menyebabkan perubahan kimia dalam bateri yang boleh mengurangkan jangka hayat bateri anda.
  3. jaga telefon anda daripada masuk dalam air. Walaupun telefon anda kalis air(waterproof), jangan la sengaja menjatuhkannya di dalam air. Memang dia kata kalis air, nanti ada leaking, menyesal tak ke sudah nanti.
  4. Gunakan Power Source yang betul. Kalau dah memang peranti tu menggunakan charger yang 1.5 ma, jangan memandai guna fast charger yang outputnya 5.1 ma. Itu menyebabkan litar pada papan(board) yang berfungsi mengecas bateri akan terbakar.

 

Advertisements

Leave a Reply