Kepada anda semua kaki wayang di luar sana, hari ini admin ingin share sedikit berkenaan tips menonton wayang. Korang boleh je tak ikut tips ni, cuma tak rugi bace. Kot2 ada yg berkenaan.

Okay, ini tips menonton wayang.

1. Daftar jadi member

Kalau korang memang kaki wayang, admin syorkan korang daftar member dan ambik kad. Banyak benda bleh dapat. Contohnya korang boleh kumpul point. Daripada point tu korang boleh redeem free ticket atau popcorn ke, apa2 je la yg ditawarkan. Selain itu ada reward time birthday korang.

2. Beli ticket online

Sekarang dah dunia hujung jari, belilah tiket online. Korang dapat skip daripada berbaris panjang. Lgpun korng boleh tengok seat yang available sebelum beli tiket tu. Selain tu boleh dapat discount selalunya. Kalau korang jumpa mana2 voucher boleh redeem. Dapat jimat sket duit.

3. Beli popcorn sekali dengan tiket

Kalau korang tengok wayang kat MBO, beli popcorn sekali dengan tiket. Jimat duit korang. Ada set2 tertentu yg menjimatkan.

4. Tengok wayang selepas 2 minggu ditayangkan

Kalau korang tengok wayang masa filem tu launching memang sesak la beb. Kekadang tu bising bingit dalam panggung. Kalau jenis org tak suka bising mase tengok wayang tu, tak perlu terburu2, tunggu dah reda baru g tengok. Ambil weekdays atau mase pagi. Jarsng org tengok wayang kul 10 pagi. Tak lah jorang rase nak terajang org je kalau ada yg membingitkan telinga. Kan kan kan??

5. Ikut peraturan panggung wayang

Korang tengok wayang kan, buat cara tengok wayang. Jangan ikut cara tengok tv ngan kengkawan kat rumah. Kaki tu biar duduk elok2 jangan smpai naik atas kerusi org lain, kalau nak buat jugsk tunggu la kaki org lain naik atas muka korang pulak. Nak gelak tu bleh tp gelak time lawak je. Ni dari awal smpai skrin wayang tu tunjuk credit pun masih gelak mcm nak mampus. Pi rahh.. tumbuk kang baru tau. Dan kalau korang nak tau memang lah ada pekerja yang akan tolong kutip sampah korang tu tapi cuba lah beradap sket. Buang lah sampah tu di tempat yang disediakan. Biasa kat luar pintu mase korng nak blah dari hall tu ade je disediakan tong sampah. Pandai berak pandai cebok la.

Sekian tips menonton wayang. Harap berguna la ye.

Advertisements

Leave a Reply