Tips Makan Pizza Hut ;P

Anda pasti pernah dengar@makan Pizza Hut kan? Tahukah anda asal nama Pizza Hut ialah Putt Putt? Pizza hut diasaskan pada tahun 1958, lebih kurang setahun selepas Malaysia Merdeka. Pizza merupakan makanan yang berasal daripada Itali, namun yang peliknya, Pizza Hut tidak pernah memasuki pasaran Itali.

PizzaHut.jpg

Harini admin ingin memberitahu anda beberapa tips jika anda hendak makan di Pizza Hut.

1. Makan Pizza Ketika Panas!

150526103052-pizza-hut-natural-780x439

Haa, bagi mereka yang penggemar pizza ni, paling sedaplah makan pizza ketika panas-panas. Masa tu la cheesenya tu, pergggggg, boleh ditarik-tarik bagaikan benang beb. Masa tu la juga pizza tu rasanya power. Hal ini kerana cheese tidak beku.

2. Makan ketika Lapar

8a55f9e680d72f4ca6ee464fb7547cfa

Kalau korang baru je lepas makan, toksah nak sibuk pegi pizza. Pizza biasanya tak sedap kalau dimakan ketika perut kenyang. Admin tak tau la kalau yang jenis perut umpama tiub tayar moto yang boleh adjust kebesarannya(cewah). Lagipun sunnah Nabi, makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.

3. Pesan Pizza Set

Pizza-Hut-Set-Jimat-As-low-RM15-Price-Promotion-2017.jpg

Kalau korang nak jimat, pesanlah dalam bentuk set. Kalau beli asing-asing pizza tu, agak mahal sedikit lah berbanding memesan yang dah di dalam set-set. Lagipun biasanya set-set tersebut(yang korang nampak dalam buku menu tu) sudah disusun kesesuainya. Mushroom soup biasa digandingkan dengan Roti Bawang tu. Kan kan kan.

4. Baca resit

resit

Korang rajin-rajinkan lah diri baca resit pizza korang tu. Kekadang ada promosi, atau baucer yang disertakan dengan resit. korang boleh isi soal selidik pada laman web pizza tu dan masukkan kod dalam resit tu, bleh dapat pizza murah sket. Cuba korang baca-baca la ye.

5. Yang paling penting, Baca Doa

doa-sebelum-makan-upin-ipin.jpg

Ini yang utama sekali. Kalau makan takĀ  baca doa, siap tak basuh tangan bagi, bukan takat setan ikut sekali makan, jebon pun turut serta makan dengan anda. So, bila makan pizza tu, bawak bawak la bersyukur, baca doa, semoga rezeki dirahmati Allah. Satu lagi, jangan ajak “nafsu” makan sekali.

 

Selamat Mencuba korang. Chill

 

Sumber gambar: Search je kat google

Advertisements

Leave a Reply

Up ↑

%d bloggers like this: