Wanita – Zina yang kamu lakukan tanpa kamu sedari

 

Tahukah anda, wanita dikatakan penghuni syurga? Dan anda wanita, kamulah manusia yang amat mudah untuk masuk syurga. Namun disebalik kemudahan dan nikmat yang diberikan oleh Allah, diturunkan juga dugaan dan cabaran untuk menguji wanita.

Banyak perkara yang dianggap zina namun kini telah menjadi kebiasaan dibuat oleh para wanita. Bagi mereka, perkara tersebut sudah biasa sehinggakan benda tersebut menjadi keperluan sedangkan ianya adalah dikategorikan sebagai zina. Antara perkara tersebut ialah :

 

1. Riba

hqdefault (1)

Bukan nak kata wanita mengamalkan riba, tapi kajian menunjukkan bahawa ramai wanita kini yang cenderung melakukan perniagaan sama ada online, atau pun di kedai-kedai. Ambil contoh penjual di facebook sahaja, hampir 70% adalah wanita. Tak salah berniaga, namun bila berniaga, anda terdedah kepada perbuatan Riba. Mata manusia tidak kebal, mudah dibutakan oleh wang ringgit, oleh itu para wanita yang berniaga di sana, beringatkan bahawa Riba itu adalah zina. Dan yang perlu wanita ketahui jika riba itu dosanya sangat besar daripada berzina 36 kali.

Bahkan menurut sabda Rasulullah SAW :

“Riba itu 73 pintu (dosa) Yang paling ringan adalah sama seperti dosa seseorang yang menzinai ibu kandungnya sendiri” (HR Alhakim dan Al Baihaqi).

2. Memakai pewangi(porfume)

Memakai pewangi adalah tidak salah, tetapi mestilah dengan niat yang betul. Bagi wanita, memakai pewangi adalah kebiasaan dan kemestian namun jika wanita memakai pewangi kerana ingin lelaki-lelaki di luar sana menciumnya, atau bertujuan menarik perhatian lelaki, maka memakai pewangi itu dianggap zina.

Dalam hadis Rasulullah bersabda :

“Wanita sesiapa sahaja yang memakai pewangi kemudian melewati pada suatu kaum supaya mereka mencium bau pewangi itu maka perempuan itu dianggap berzina” (HR An Nasa’i)”.

Wanita adalah amat digalakkan bercantik-cantik dan memakai wangian untuk suami tercinta.

womens

3. Bersentuhan Kulit dengan lelaki bukan mahram

Perkara ini sudah menjadi kebiasaan. Berjabat tangan misalnya dengan lelaki yang bukan mahram adalah haram. Jangankan kerana pangkat, wanita-wanita ini menyentuh kulit-kulit bagi mereka yang tidak dibolehkan bersentuhan. Sebagai contoh, Seorang Menteri/orang kuat/berpengaruh datang ke tempat anda dan menghulur tangan untuk berjabat, anda wanita, bukan mahramnya, adalah haram untuk menyambutnya. Namun lihatlah sekeliling anda. Tepuk dada tanya diri sendiri.

cara-jabat-tangan

Bahkan wanita yang telah melakukan sentuhan tangan dengan lelaki yang bukan mahramnya ini dianggap seperti berzina dengan azab yang paling dahsyat oleh Allah SWT.

Rasulullah bersabda: ” Zina tangan adalah dengan meraba (Menyentuh)” (HR Muslim).

Hati-hati anda wanita..

4. Menyukai sesama jenis.

Menurut statistik jumlah wanita lesbian pada masa kini berbanding dahulu, semakin ramai wanita yang cenderung menjadi minat sesama jenis. Hal ini mungkin disebabkan pengaruh tidak baik melalui media sosial, dan internet yang menyebabkan wanita ingin mencuba “bagaimana menjalinkan hubungan dengan sesama mereka”. Ada pandangan mengatakan hubungan sesama jenis ini lebih baik daripada hubungan berlainan jenis, memandangkan bagi mereka hubungan sejenis ini tidak menyebabkan mereka mengandung, dan sewaktu dengannya.

Dalam kitab Ad Dawaa’, Ibnu Qayyim Al Jauziyah dijelaskan jika perbuatan lesbian ini membuat pelakunya dikategorikan sebagai pezina.

“Disebutkan dalam sebagaian Atsar yang Marfu’: “Jika Seorang wanita mendatangi wanita yang lain maka keduanya adalah penzina ” tulis Ibnu Qayyim”.

images.jpg

5. Mata, Telinga, Lisan

Dan satu lagi perkara yang dikategorikan zina namun bagi wanita pada masa kini adalah menjadi satu kebiasaan ialah zina melalui mata, telinga dan lisan. Anda bercakap sesuatu dan percakapan itu boleh menaikkan nafsu syahwat, maka percakapan itu adalah zina(tidak bila bercakap dengan suami). Jika anda mendegar sesuatu dan menyebabkan anda menjadi bernafsu, pendengaran anda itu dianggap berzina. Dan jika anda melihat sesuatu dan penglihatan itu menyebabkan anda bernafsu syahwat, makan perbuatan melihat itu dianggap berzina.

Wanita walaupun dengan perkataan “i love you” ataupun “ummuah” dan jika perkataan yang anda luahkan atau anda tulis menyebabkan kaum berlainan jenis mahupun sesama jenis naik syahwat, maka itu adalah berzina.

fakta-unik-tentang-wanita

 

Hati-hati para wanita.

(semua gambar adalah sekadar hiasan)

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Up ↑

%d bloggers like this: