0

Disengat lipan? Apa yang perlu anda lakukan…

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini admin nak kongsi mengenai kesihatan. Tujuan admin nak kongsi tajuk ini kerana bila-bila masa kita mungkin menghadapi situasi ini, kalau tidak anda, mungkin saudara anda, kawan-kawan anda, mana lah tahu kan. Malang kan tidak berbau. Apa salahnya menambah ilmu kan.

lipan.jpg

Ok! jika anda terjumpa lipan berjalan-jalan melancong di mana-mana kawasan yang sepatutnya tidak ada lipan, anda haruslah Bunuh lipan tersebut. Harus ye, bukan wajib. Tapi ada baiknya kita bunuh jika binatang tersebut memudaratkan. Tapi jika anda disengat lipan…

11.jpg

1. Jangan Panik!

Tolong jangan panik. Pemikiran manusia adalah sangat terhad apabila dalam keadaan panik. Oleh itu, sebaiknya bertenang setenang yang mungkin untuk beri ruang kepada minda anda untuk berfikir. Jika bukan anda yang terkena, rakan anda ka, atau sesiapa yang berdekatan anda, anda haruslah mendorong rakan anda agar bertenang. Selain daripada menghadkan pemikiran, panik mempercepatkan degupan jantung dan aliran darah. Hal ini dapat mempercepatkan penyebaran bisa sengatan dalam darah kita. Pada waktu ini, telefonlah ambulance, atau mana-mana talian kecemasan untuk membantu anda.

2. Letakkan mangsa pada posisi mendatar. 

Jangan biarkan mangsa berdiri. Dudukkan atau baringkan. Hal ini dapat membantu mangsa bertenang dan melambatkan aliran darah. Kurangkan pergerakan mangsa. Jangan la pula korang suruh mangsa berlari-lari kononnya nak bagi mangsa tak pengsan.

3. Luka

kelabang

Jika terdapat darah pada kawasan sengatan, berhentikan darah dengan kain atau sewaktu dengannya. Basuh kawasan sengatan untuk elak daripada penyakit lain hinggap. Letakkan ais pada kawasan sengatan bagi elakkan kekejangan dan penyempitan saluran darah. Kebiasaanya sengatan lipan ini akan menyebabkan penyempitan saluran darah dan menyebabkan lebam. Kalau ada teh ais ikat tepi pun boleh, bagi mangsa minum-minum duk rilek-rilek sambing sembang pasal politik. Tak mengapa, bagi elakkan mangsa panik dan pengsan.

4. Hospital

Lipan-Header

Paling penting ialah, Hospital. Walaupun luka atau lebam kelihatan semakin baik, tapi anda haruslah ke hospital, Dapatkan nasihat daripada doktor. Takyah lah nak eksyen temberang kata kuat, disengat lipan pun tak apa, Jangan! Pergilah ke hospital, dapatkan rawatan. Mungkin anda disuntik dan diberi ubat. Apa lah sangat anda bayar rm 1 untuk pendaftaran di hospital kerajaan tu. Biasanya kalau kes kecemasan seumpama, tak perlu menunggu, masuk terus bahagian kecemasan.

5. Sebarkan

Anda pernah menjadi mangsa, maka sebarkanlah apa yang perlu anda lakukan jika menjadi mangsa sengatan dan bagaimana anda mengelak dari disengat. Sesungguhnya anda dapat membantu orang lain daripada mendapat kecelakaan.

download (1)

Sebarkan. Jangan lupa like page admin di facebook.

Chill.. ^_^

Advertisements

Admin

Leave a Reply