5 Cara nak bagi sesuatu makanan tu sedap dimakan

square-1463192957-rainbow-popsicles-4b.jpg

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Fuh!, admin harini nak cerita sket mengenai makanan. Dalam dunia ini ada banyak makanan. Sebetulnya tidak ada sesiapa pun boleh kata makanan tu sedap atau tidak. Sebabnya lain orang, lain lah citarasanya. Ada orang kata yang tu sedap, ada yang kata yang tu tak sedap, dan macam macam lagi. Jika ada satu-satu makanan itu apabila dimakan dalam 10 orang dan sepuluh-sepuluh orang tu kata sedap, maka sepuluh sepuluh orang tu adalah sama citarasanya; dan itu memang boleh berlaku.

Namun kebanyakan orang akan mengatakan makanan itu sedap apabila dalam situasi berikut.

1. Makanan Free

05475d95620f827bbe5bce88dac71b360fc270-v5.jpg

Makanan free di sini maksudnya makanan yang di”spend” kan oleh kawan ke, saudara ke, sapa2lah. Kebiasaanya lah, makanan free ni rasanya sedap kerana tak perlu bayar boleh makan! ala, macam kita paw kawan makan di pizza, sedap je rasanya, sedap je poket tu tak keluar duit, ye tak ye. Tapi kalau kawan spend makanan tak sedap, camne? sedap jugak la, sedap kat kawan tu sebab dapat kenakan kita.

nkwobi_recipe_by_sisiyemmie_blog_jaajlb

2. Makanan yang sedikit

woman-annoyed-with-small-amount-of-food-on-plate-e1436826148208.jpg

Makanan yang sedikit ni selalunya sangat sedap. Contohnya kita datang ke satu kedai ini, tengok lauk dia, mana lauk yang sikit tu maksudnya sedap! sebab orang banyak ambik kot? lagi satu contoh, korang beli pisang goreng kat gerai mek nah tepi jalan tu, beli seringgit je. Biar sikit, tapi sedap rasanya. Cuba kalau korang beli lima ringgit! makan lah, mungkin awal-awal tu rasanya sedap. Tapi lama kelamaan rasa tak sedap, sebabnya dah kenyang. Nafsu je semua tu. (jangan kecam admin).;Tapi tak semua rasa macam tu. Dah dikatakan “kebiasaan”.

3. Makanan yang dikongsi

Children_sharing_LR.jpg

Haa. yang ini memang betul. Makanan yang kita kongsi walaupun sedikit, tapi rasanya, fuiyoo, sedap brooo. Sebabnya ada rasa kasih sayang didalam nya. Macam adik beradik, ada 8 orang, kongsi makan coklat cadbury yang ada 10 ketul bila dipatah patahkan papannya, lagi dua tu cmana nak kongsi? Pakat-pakat gigit sikit semua. Masa tu mesti coklat tu rasa sedap je, sebab semua orang gembira, semua dapat rasa, ada silaturahim kat situ. Haaa, so korang pas nie, kongsi la makanan tu yee, jangan pula ada pengemis minta sket korang sepak! apa salahnya beri sedikit karipap yang korang beli tadi pada si pengemis. Sekurang-kurangnya dia pun gembira dapat makan hari tu.

chicken-parmesan-pasta-skillet-collage3

4. Makanan yang sudah lama tak merasa

delicious-food-template_23-2147516877

Pernah tak korang makan makanan sedap zaman korang kecik-kecik dulu? tak kisah la makanan apa tapi makanan yang dah lama korang tak makan. Cuba korang cari makanan tu. Pergg…Konpem sedap punya. Sebab ada nostalgia kat situ. Ada memori. Ada sejarah. Tu yang buat dia sedap tu. Tambahan pula makanan tu memang sedap. Sehingga menjilat-jilat(opps) menjilat jari tuu…

5. Makanan yang isteri masak.

ister-tak-pandai-masak

Yang ini pasti! Biasanya isteri masak ni sedap. Sama ada masakannya benar-benar sedap ataupun sebaliknya. Cuba la korang yang ada isteri tu kata masakan isteri tak sedap. Haaa…balik rumah harini, isteri masak makan tengahari, pas makan, cubalah korang kata tak sedap. Ambik kau, dilemparnya nanti mangkuk hayun sebagai, aaaaaa… Tapi kan, memang masakan isteri ini memang sedap. Sebabnya air tangannya tu, tambah keikhlasannya, keayuannya, kecantikannya, masha Allah, perggg.. Kalau korang betul-betul hargai isteri korang, lelaki-lelaki di luar sana, tak ada yang berpoligami la. Balik hari ini, tengok muka isteri, tatap puas-puas, anggaplah yang itu adalah hari yang terakhir kamu bersamanya, hari-hari adalah hari terakhir, biar rasa camtu, supaya rasa sayang korang tetap kekal abadi hingga ke syurga. Amin. Apa-apapun, makanan isteri tetap sedappppp punya. Nombor 1.

11878_561999350511319_1121391979_n

 

Begitulah perkongsian admin. Bukan semuanya tepat tapi ada kalanya ini lah yang berlaku.

Pesanan admin : Jangan banyak sangat makan tu, nanti gemuk.

Chill

 

Advertisements

Leave a Reply

Up ↑

%d bloggers like this: