0

8 Kesalahan Jalan Raya yang kecil tapi sering kita lakukan

Asalamualaikum dan salam Sejahtera. Kupasan mengenai pemandu di jalan raya masa kini.

Hari-hari kita sering melihat ramai pemandu yang beragam-ragam di jalan raya. Ada yang perangainya bagai kita nak sekeh kepala pun ada. Namun tidak dinafikan bahawa kesalahan ini dilakukan oleh ramai pemandu bukan kerana tidak ada lesen(maksudnya ada ilmu di jalan raya) tapi kerana sikap dalam diri yang pentingkan diri sendiri.

Pemandu ini ada yang baik, ada yang mengikut peraturan, ada yang suka mencabar diri dan orang lain, ada yang tak kisah, ada yang tak tahu pun dia memandu! Sikap seperti ini lah yang perlu anda fikirkan. Biar kita betulkan yang biasa, biasakan yang betul. Tapi kita pula terbiasakan yang salah, dan menyalahkan yang betul.

Kesalahan-kesalahan kecil di jalan raya yang boleh mengundang padah – Selalu dibuat ni. Baik ngaku! 😛

1. Signal

Ini benda yang paling popular di jalan raya. Signal. Tahukah anda pemandu sekalian bahawa signal itu dipasang di semua kenderaan yang dibenarkan melalui jalan raya? Dan Tahukah anda bahawa memberi lampu signal itu percuma tanpa membayar. Masuk simpang, tukar lorong, memotong, masuk laluan, masuk parking, dan banyak lagi, Tolonglah gunakan signal. Periksa lampu signal anda secara berkala samada masih berfungsi atau tidak. Etika pemasangan signal : Anda perlu memasang signal 3 saat lebih awal sebelum menukar arah, lorong, masuk simpang, dan sewaktu dengannya. 3 SAAT. Bukan dan separuh masuk lorong kanan, baru nak pasang signal. Itu bengong namanya.

2. Bawak Kereta 30KM di lorong Laju

4e88afa69ce0a1f0d223010f6aabd9ef_DrivingSlow.jpg

Kepada pemandu-pemandu Cool di jalan raya, tak salah bagi anda jika ingin membawa kenderaan anda selambat yang mungkin(anda juga bayar cukai jalan) namun memandu kelajuan sebegitu di lorong laju itu amat menjengkelkan. Dah tahu bawa slow, guna la lorong slow. Ini tak. Lorong Slow tak ada kenderaan, nak jugak guna lorong laju. Lorong laju itu gunanya bagi kenderaan yang ingin memotong dan membawa kenderaan laju(ikut had laju yang ditetapkan). Lihat, jika anda membawa perlahan di lorong laju, apa yang akan berlaku ialah, kenderaan yang ingin memotong(laju) akan terpaksa mencelah(macam motor), sekejap ke kiri, sekejap ke kanan untuk meneruskan perjalanan. Tak ke menyusahkan orang macam tu? Silap haribulan, celah sana sini, berlaku perkara yang tidak diingini. Senang ceritanya, bawa perlahan di lorong perlahan. Akur dengan peraturan jalan raya.

b35d85b2c2ece014f8573a7703757244.jpg

3. Pandu bagai jalan raya kita yang punya – duk tengah-tengah siap, tak mau bagi can!

Ini satu lagi sikap yang kurang menyenangkan. Ada sesetengah pemandu suka memandu di tengah-tengah jalan. Mungkin kerana takut tayar sebelah masuk ke kawasan bahu jalan(kawasan berumput) dan sebagainya. hey kawan!, bahawa bawak camtu. Itu Jalan, bukan papa kita punya loo. Sama-sama suma olang bayar cukai punya lo. So, agak-agak le bro, bawak tu biar dalam kawasan yang sepatutnya. Ini perkara kecil sahaja, tetapi kesannya amat berbahaya.

4. Park di bahu jalan

Satu kebiasaan lagi ialah meletak kenderaan di bahu jalan di jalan-jalan yang sibuk. Dah tu depan simpang pulak tu! Huh! Camna kereta yang nak keluar simpang ni nak tengok kereta yang datang dari arah kiri/kanan jika anda menghalan penglihatan dengan meletak kenderaan anda yang belum habis bayar kat bank tu di tepi jalan ini? Hidup meyusahkan orang je kerjanya. Satu kesalahan parking di bahu jalan jika bukan kecemasan dan jika menyebabkan halangan. Woi, kereta korang tu bukan transparent woi. Ini selalunya berlaku di hadapan sekolah-sekolah bila waktu nak balik tu. try tengok esok. Mesti ada punya. Berubahlah wahai manusia.

5. Lampu Brek Rosak

7.jpg

Baik! Sebagai seorang pemilik kenderaan dan juga pemandu, adalah tanggungjawab anda memeriksa kesihatan kenderaan anda. Termasuklah juga keadaan lampu-lampu yang ada pada kenderaan anda. Lampu brek misalnya, jika rosak, camna orang belakang yang folow anda nak tau yang korang tengah memperlahankan kenderaan? tak pasal-pasal kena sondol nanti. Lepas tu kata orang yang sondol yang bersalah. Bengong! Lampu Brek tu Mandatori. Tak ada lampu, saman. Satu lagi budaya iaitu mengubah warna lampu brek. Dah elok dah kaler merah, diubahnya jadi kuning atau putih. Mana nak tau lampu tu lampu brek ke, atau lampu reverse ke, tak ke bengong orang tu? Dan tak perlu la anda “tinted”kan lampu brek tu nak bagi nampak “WAH”. Takyah. Tak pasai-pasai lampu brek tu kurang nampak(tak jelas) nanti haaaa.

6. Memotong sebelah kiri

Perkara ini sering dilakukan oleh pemandu motosikal; dan juga kereta. Kebanyakan pemandu di negara kita dan set dah Mind Set, memotong dari kanan, bukan kiri. Oleh sebab itu, pemandu lebih cenderung memberi perhatian sebelah kanan berbanding sebelah kiri. Jika anda pembonceng/pemandu/pembawa motosikal misalnya memotong dari kiri di “highway” tiba-tiba, kereta yang dipotong menghimpit anda ke tepi. Apa jadi? Jadilah sayur kangkung masak belacan. Fikir sebelum bertindak. Pakai la otak tu. Nak memotong pun kena pikiaq orang lain. Orang lain pun nak guna jalan raya oi. Kereta pun sama, dah lah besar, sebab ego punya pasal, tak suka kereta myvi duk depan kereta dia(sebab keretanya RangeRover) nak potong je kerjanya. Bila lorong kanan pun ada kenderaan, nah ditibainya celah kiri pula, ambik mu! Bengong! Kalau nak tercirit pun, tak perlu membahayakan orang lain. Cirit je la dalam kereta tu, bukan orang tahu. Nak pilih mana, cirit atau mati?

7. Motosikal buat formasi kawad di jalan

image.jpg

Kadang-kadang kita nampak ada penunggang motosikal bercerita sesama sendiri, maka berlakunya dua buah moto bergerak seiringan dan sejalan. Wei, nak sembang tu singgah la kedai mamak ke, petronas ke. Bawak moto tu hati-hati la. Bila anda lakukan seperti itu, sukar bagi kenderaan dibelakang anda memotong kerana risau kalau-kalau anda termasuk lorong kanan(sebab dah seringan pulak jalan). Itu dua buah motosikal. Kalau 3 buah motosikal beriringan? kalau ribu2 motosikal? Kalau penting sangat nak bagi tau rakan sama motosikal tu, berilah signal untuk berhenti di bahu jalan.

8. Kenderaan bising pecut sengaja nak tunjuk

Ada satu motosikal ni, dah habis upgrade dah. Dia punya ekzos sekali rem, satu dunia dengar. Masalahnya bisingnya tu, kita yang mendengarnya. Bukan moto sahaja, kereta pun sama. Bayangkan anda sedap-sedap menunggang memandu motosikal anda dari rumah ke pasar membeli ikan pesanan isteri, tiba-tiba BROOOOMMM!!! bunyi motor memecut sebelah je, terkejut beruk siottt. Jika orang tu jenis melatah, jenis terkejut, camna? tak ke terbang moto tu di langit?

 

Ada ramai lagi perangai yang kurang menyenangkan yang boleh menyebabkan kemalangan jiwa di jalan raya. Sendiri mau ingatlah. Ingat orang tersayang. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul. Sekian.

 

Advertisements

Admin

Leave a Reply