0

Apa aku nak buat? Anakku ter”pornografi”…

hqdefault

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini admin terpanggil untuk memberi sedikit informasi mengenai penggunaan internet terhadap anak-anak. Sejak kebelakangan ini pelbagai kejadian yang amat membimbangkan berlaku dalam usia yang begitu muda dan berpunca daripada salah penggunaan internet. Gejala sosial dan pornografi semakin meningkat gara-gara kegagalan kita mengawal penggunaannya. Jom kita ikuti kupasan mengenai keselamatan penggunaan internet untuk anak-anak.

pornografi-_140701093539-739

Tidak dinafikan bahawa penggunaan internet ini memudaratkan perkembangan minda anak-anak samada anak berusia 1 tahun hinggalah meningkat remaja. Walaubagaimanapun adalah salah kita melarang anak-anak menggunakan kemudahan tersebut. Hal ini kerana internet adalah selaras dengan perkembangan dunia teknologi masa kini hinggakan internet menjadi satu keperluan dan bukan lagi kemahuan.

“Maaf encik, hari ini tak dapat buat pengurusan di bank, sistem offline. Encik boleh datang esok”. Kadang-kadang kita mendegar pegawai bank mengatakan sedemikian, yang membawa maksud kita memerlukan internet. Oleh yang demikian tak salah kita memberi pendedahan kepada anak-anak kita terhadap internet.

Namun persoalannya, bagaimana kita mengawal penggunaan ini? Ramai ibu bapa di luar sana yang telah memberikan anak mereka akses kepada telefon pintar seawal umur 1 tahun. Apatah lagi anak yang berumuk 11 -12 tahun. Tahukah anda ada terdapat berbagai-bagai laman web yang cenderung dibuka oleh anak-anak kita ini yang memaparkan iklan-iklan yang berunsurkan pornografi? Tidak takutkah anda apabila anak anda terdedah kepada pornografi seawal usia begitu?

Baru-baru ini terdapat kes kanak-kanak berumur 11-12 tahun yang merogol rakannya yang viral di media sosial. Curiosity kill the cat? Mereka tahu dari mana? Bukan nak kata semuanya daripada internet, namun 90% daripada 8.5 juta kanak-kanak di Malaysia terdedah kepada bahayanya pornografi ini melalui internet(sumber Utusan). SKMM mengatakan bahawa kanak-kanak menghabiskan 19 jam purata dengan menggunakan internet. Tak perlu kita lihat kajian yang dibuat, lihat saja di persekitaran anda, apa sudah jadi dengan anak muda sekarang.

Demikian itu apa yang perlu dibuat ialah pengawasan. Ibu bapa tidak perlu melarang anak-anak menggunakan internet. Anak-anak perlu menggunakan internet agar mereka dapat mengikuti perkembangan selaras dengan peredaran zaman. Ibu bapa hanya perlu mengawal penggunaan internet. Ada pelbagai cara untuk ibu bapa mengawal penggunaan internet.

1. Hadkan masa Penggunaan telefon pintar

6f3b6ed835b4fee5aeca5c39f2cc6fa4--visual-timetable-autism-classroom-schedule-printable.jpg

Anak-anak kini memerlukan telefon pintar untuk mereka menghubungi ibu bapa mereka ketika perlu. Selain daripada itu, dengan harga telefon pintar yang semakin murah di pasaran, tidak terbeban bagi ibu bapa memberikan anak mereka telefon pintar. Apa yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk mengawal penggunaan telefon anak mereka ialah dengan menghadkan masa penggunaan telefon. Sebagai contoh, anak-anak hanya boleh menggunakan telefon pintar daripada jam 2 petang – jam 5 petang. Selepas itu telefon pintar mestilah disimpan atau diserahkan kepada ibu bapa. Dengan cara ini ibu bapa boleh mengawal waktu penggunaan. Anda juga boleh membuat peraturan seperti dilarang menggunakan telefon sewaktu di meja makan, ataupun sewaktu mengulangkaji pelajaran.

161205172913-parent-child-tablet-stock-large-169

2. Periksa Telefon pintar/tab anak-anak

Ibu bapa perlu sentiasa memantau apa yang dilihat oleh anak-anak di dalam telefon mereka. Lihat pada sejarah(history) penggunaan pelayar internet(browser) seperti google chrome untuk melihat laman web yang pernah diakses oleh anak-anak. Pasangkan aplikasi Spyware untuk merekod semua penggunaan telefon dan pasangkan kata laluan bagi mengelakkan anak-anak membuka dan membuang aplikasi tersebut. Contoh aplikasi seperti The Phone Sheriff. Boleh search di google playstore.

phonesheriff-investigator-edition

Sekadar gambar hiasan

1 (1)

Sekadar gambar hiasan

21

Sekadar gambar hiasan

3. Gunakan Google Kiddle bagi menggantikan carian asal Google.com. 

Ibu bapa boleh mengubah enjin carian asal pada browser di komputer atau telefon pintar anak-anak anda daripada enjic carian lain kepada enjin carian kiddle. alamat enjin carian ialah https://www.kiddle.co/. Caranya mudah sahaja, anda boleh google untuk maklumat lanjut. Enjin carian Kiddle ini dikuasakan oleh Google. Enjin ini menghalang anak-anak anda daripada ter”pornografi”.

kiddle1

4. Gunakan Youtube Kids 

youtubekidsappjt

Gantikan Aplikasi Youtube kepada Youtube Kids di telefon pintar anak-anak anda. Youtube Kids ini lebih kepada video-video yang mesra kanak-kanak dan menghalang semua video yang tidak sesuai bagi tontonan kanak-kanak seperti keganasan, seks, dan sebagainya. Pasangkan juga kata laluan agar anak anda tidak boleh mengubah dan menambah sebarang aplikasi baharu di telefon. Jika perlu, minta kebenaran ibu bapa.

unnamed

5. Luangkan masa dengan anak-anak di luar

Sebagai ibu bapa, adalah patut anda meluangkan masa dengan anak-anak di luar rumah selain memberikan masa anak-anak menggunakan internet. Apabila anak-anak tidak melakukan sesuatu terutama semasa waktu senggang, anak-anak cenderung menggunakan internet memandangkan pada zaman sekarang internet menjadi bualan di sana sini. Oleh itu ibu bapa boleh mengisi masa senggang itu dengan membawa anak berkelah atau berkemah, melawat tempat-tempat menarik, membeli belah, bersukan dan sebagainya. Selain mengeratkan silaturrahim kita dapat mengawal masa anak-anak kita dengan benda-benda yang berfaedah. Elakkan anak-anak kita terlalu lama dengan internet.

article-0-13D11253000005DC-58_468x339

Sekadar gambar hiasan

FatherReadsToSonsUnderSheets.jpg.653x0_q80_crop-smart

Sekadar gambar hiasan

6. Dedahkan anak-anak mengenai bahayanya Pornografi

Anak-anak perlu tahu apa itu pornografi. Jangan berselindung sebaliknya ceritakan dan terangkan kepada anak-anak mengenainya. Terangkan apa itu pornografi, bagaimana, dan kesan jika melakukan pornografi. Tekankan mengenai pengetahuan agama dan moral dan wujudkan kesedaran mengenai bertapa bahayanya jika terdedah. Bagi contoh-contoh perkara yang telah berlaku kepada anak-anak. Dan galakkan anak-anak mengajar rakan-rakan menghindari gejala pornografi.

7. Pantau rakan-rakan anak kita

232B6A5000000578-0-image-a-2_1442358858884

Ibu bapa perlu tahu siapa anak kita berkawan, di mana, dan apa yang dilakukan mereka. Bukan kita menghalang aktiviti anak-anak, kita hanya perlu memantau dan memberi sokongan jika perkara yang dilakukan mereka adalah positif dan berfaedah. Sebagai contoh anak-anak kita pergi ke pusat sumber bersama rakan-rakan. Sebagai ibu bapa, perlu kita pastikan bahawa anak kita benar-benar datang ke pusat sumber.

8. Galakkan bermain game secara sihat

161205172913-parent-child-tablet-stock-large-169

Anak-anak tidak lari daripada bermain permainan di telefon pintar dan komputer. Ibu bapa tidak perlu larang, sebaliknya bersama-sama anak-anak bermain permainan tersebut. Peranan ibu bapa di sini adalah menjadi sebahagian daripada hidup anak kita dan pada masa yang sama kita mengawal penggunaan anak-anak kita. Tak salah kita bermain game tapi elakkan terleka sehingga terlupa perkara yang lebih penting. Anda hadkan masa (lihat nombor 1) bermain game.

Bagi admin, adalah penting ibu bapa penjaga mengetahui perkara ini. Jangan abaikan anak-anak kita dalam semua aspek termasuk peribadi dan perasaannya. Perkembangan dan pertumbuhan anak-anak bukan sahaja dari aspek fizikal tetapi dalam aspek sosial dan kerohanian juga berlaku. Banyak contoh-contoh di sekeliling anda yang dapat anda lihat sendiri. Bandingkan sendiri hasilnya jika menjaga anak seperti ini, dan bagaimana pula bagi mereka yang menjaga anak dengan cara mereka sendiri. Ibu bapa lebih kenal anak mereka, maka andalah yang paling perlu untuk mengawasi mereka. Ingatlah, anak kita hanya berada di sekolah 6-8 jam sahaja, selebihnya di rumah dan pengawasan ibu bapa. Kuncinya ialah mudah, jika anda ibu bapa, cuba berada dalam kategori anak anda, andaikan anda seorang yang berumur seperti anak anda, telusuri keperluan anak anda, dan sematkan di jiwa dan minda anak-anak mengenai bahayanya pornografi. Semoga berjaya.

Chill

Sumber : Admin Ceredit, Googling…

 

Advertisements

Admin

Leave a Reply