0

8 Movie best 2017 – 2018 – Kompom pecah panggung!

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Harini admin ingin berkongsi kepada anda beberapa movie yang akan keluar (masih belum release sehingga hari ini).

Jom kita lihat movie tersebut.

1. KINGSMAN : THE GOLDEN CIRCLE

Ber”genre” kan filem Aksi, filem ini diarahkan oleh Matthew Vaughn¬†yang bakal dikeluarkan pada 22 September 2017. Berdasarkan filem Kingsman sebelum ini yang keluar pada tahun 2014, filem aksi ini sudah tentu menjanjikan anda pengalaman yang menakjubkan. Jangan ketinggalan menyaksikan filem yang dilakonkan oleh Taron Egerton, Halle Berry, Channing Tatum, Colin Firth, Julanne Moore, dan banyak lagi.

maxresdefault

Sumber : Google

sbox-soapbox-my-most-anticipated-movies-of-2017

2. AVENGERS : INFINITY WAR

Avengers_Infinity_War_logo_update

Anda sudah tentu pernah menyaksikan filem Avengers keluaran Marvel sebelum ini. Marvel terkenal dengan penghasilan karya filem inspirasi komik-komik popular marvel termasuklah Spiderman, Ironman, Captain America dan banyak lagi. Menurut pengalaman admin, kebanyakan filem aksi Marvel ini tidak mengecewakan. Apapun kita perlu tunggu filem ini keluar pada tahun hadapan.

download (1).jpg

download

Avengers Infinity War akan dikeluarkan pada 25 April 2018(di belanda, International tak pasti lagi). Filem ini diarahkan oleh Anthony Russo:Joe Russo dan dibintangi oleh Robert Downey Jr, Chris Pratt, Chris Evans, Chris Hemworth, dan banyak lagi. Semua pelakonnya hebat-hebat!

3. DEADPOOL 2

Filem Aksi lucu ini juga antara filem yang ditunggu-tunggu. Filem keluaran Marvel Entertainment ini juga bertemakan aksi dan komedi yang dilakonkan oleh Ryan Reynolds, Josh Brolin, Zazie Beetz, Brianna Hildebrand, Morena Baccarin dan ramai lagi (google sendiri). Filem yang diarahkan oleh David Leitch ini akan keluar pada tahun 2018. Belum ada tarikh official dikeluarkan oleh Marvel namun sudah tentu bagi peminat filem aksi, filem ini tidak akan mengecewakan. Worth to wait.

gallery-1471278688-deadpool-2-1200x675.jpg

4. INSIDIOUS : THE LAST KEY

Kepada peminat-peminat filem seram, kemunculan semula siri Insidious arahan Adam Robitel dan producer oleh James Wan ini pasti mengujakan anda semua. Filem ini dibintangi oleh Lin Shaye, Leigh Whannel, Hana Hayes, Tessa Ferred, Josh Stewart, dan lain-lain bakal keluar pada 5 Januari 2018(USA). Kebanyakan filem hasil James Wan tidak mengecewakan yang mana pada tahun 2017(baru-baru ini) beliau baru sahaja menghasilkan satu filem seram iaitu Annabelle : The Creation.

hqdefault (1)

Sumber:Google

hqdefault

Sumber:Google

162988_aa

Sumber:Google

5. MISSION: IMPOSSIBLE 6

Mission-Impossible-Rogue-Nation-Review-hq-copy.jpg

Pernah anda melihat filem Mission Impossible sebelum ini? sehingga kini ada 5 siri filem yang dibintangi oleh pelakon terkenal Tom Cruise ini. Pengarah bagi siri 6 ini ialah Christopher McQuarrie. Filem bertemakan aksi dan pengembaraan ini akan dikeluarkan pada 27 Julai 2018(USA). Admin pasti ramai yang akan menantikan kemunculan semula filem ini. Walaupun terdapat pelbagai pendapat mengenai filem Mission Imposible sebelum ini, namun sudah pasti filem yang dibintangi oleh pelakon Tom Cruise, Rebecca Ferguson, Henry Cavil, Simon Pegg, Ving Rhames dan pelakon lain pasti memecah ‘panggung” anda. Nantikannya tahun hadapan!

6. THE NUN

8d26df_8e7ead8e7a4c4efb8527d10786c4b924-mv2

The Nun merupakan satu lagi Filem James WAn yang diarahkan oleh Corin Hardy. The Nun merupakan kisah mengenai satu watak dalam conjuring 2 iaitu Valak. Filem ini dibintangi oleh Bonnie Aarons, Taissa Farmiga, Charlotte Hope, Demian Bichir dan ramai lagi. Filem ini dijangka akan keluar pada 13 Julai 2018.

So kepada peminat-peminat filem seram, filem ini pastinya menjadi tumpuan kerana kebanyakan filem James Wan tidak mengecewakan para penonton.

7. ANT MAN AND THE WASP

Marvel juga pada tahun hadapan akan mengeluarkan satu lagi siri iaitu ANT MAN. Filem ini adalah siri bagi ANT MAN yang pertama yang dilakonkan oleh Paul Rudd, Evangile Lilly, Michael DOuglas, Micheal Pena, Hanna Jon dan banyak lagi. Filem ini diarahkan oleh Peyton Reed dan bakal ditayangkan pada 6 Julai 2018.

Bagi peminat filem-filem Marvel, jangan lupa untuk letakkan peringatan(reminder) Pada kalender anda dan kosongkan jadual pada hari tersebut untuk sama-sama menyaksikan filem ini di pawagam. ^_^

8. HAN SOLO : A STAR WARS STORY

HT-han-solo-movie-set-jef-170221_1_16x9_992.jpg

Bagi peminat filem Star Wars, anda sudah pasti gembira dengan penampilan filem ini pada tahun hadapan. Filem siri Star Wars ini diarahkan oleh RON Howard dan bakal ditayangkan pada 25 Mei 2018. Filem ini dibintangi oleh Alden Ehrenreich, Emilia Clarke, Donald Glover, Woody Herrelson dan pelakon-pelakon lain. Filem ini bertemakan aksi dan fantasi dan sedang dibuat penggambarannya. Sama-sama kita nantikan pada tahun hadapan.

 

Ada banyak lagi movie yang menarik yang akan keluar pada tahun depan. Antaranya ialah

  1. The Predator
  2. The Incredibles 2
  3. Jurassic World
  4. Ready Player One
  5. Black Panther
  6. Pacific Rim: Uprising
  7. Aquaman
  8. Tomb Rider
  9. Wreck it Ralph 2
  10. Fantastic Beasts and where to find them 2
  11. Maze Runner: THe Death Cure
  12. Fifty Shades Freed
  13. Rampage
  14. Hotel Transylvinia 3

Jangan lupa untuk like page admin di facebook.

Chill ^__^

 

 

Advertisements

Admin

Leave a Reply