0

Kerana Pemadam Kaler Hitam, Peperiksaan UPSR Tergendala…

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini admin ingin kongsikan kisah seorang guru yang menjadi seorang pengawas UPSR. Kisah ini diilhamkan daripada kisah benar. Chill ^__^ .

ke_06.1.jpg

Sekadar gambar hiasan

Aku seorang guru di sebuah sekolah rendah di Malaysia. Nak dijadikan cerita, aku dilantik menjadi salah seorang pengawas peperiksaan di sekolah X. Kalau tak silap, sekolah tu lebih kurang 5 kilometer daripada sekolah aku. Taklah jauh. Nak timba pengalaman lah katakan.

Tanggal 07 September 2017, aku menerima Whatsapp mengatakan aku ada taklimat dan melawat pusat pada 08 September 2017. Maka keesokan hari(08 hb) aku pun pergilah ke pusat tu di sekolah X tadi seawal pukul 8 pagi kerana taklimat tersebut pada pukul 8.30. Setiba di sekolah tersebut, aku dan beberapa lagi pengawas lain (baru kenal) disambut oleh guru besar sekolah tersebut. Kurang lebih pukul 9 pagi, kami dibawa melawat dewan peperiksaan(ada 5 dewan, kelas je sebenarnya). Sambil melawat, kami memeriksa sama ada dewan tersebut boleh digunakan sebagai dewan peperiksaan ataupun tidak. Selepas lawatan tersebut, kami diberi taklimat oleh Ketua Pengawas. Agak strict jugak la, tapi aku ok je.

image.jpg

Sekadar gambar hiasan

Aku pun agak teruja kerana ini kali pertama aku dilantik menjadi pengawas UPSR. Dipendekkan cerita, hari pertama peperiksaan UPSR berjalan, aku ditugaskan menjaga dewan 1. Pada awalnya rasa berdebar kot, teringat ketika aku sendiri mengambil peperiksaan UPSR beberapa belas tahun yang lepas. Namun, pada sidang yang kedua, aku berasa agak bosan pulak. Semua telefon pengawas dikunci dalam peti besi. Tak boleh la nak bukak facebook. Adoi!. Tapi itulah tanggungjawab seorang pengawas. Hari pertama ku kira lancar. Tak ada masalah sangat.

Hari kedua, aku ditugaskan menjaga dalam bilik 4. Dalam tu ada 16 orang murid je. Tak lah ramai, dewan tu pun besar. Mungkin benda dah nak jadi, hari tu elektrik tak hidup pulak dah di dewan tersebut. Agak panas juga lah, kasihan murid-murid yang mengambil peperiksaan. Dengan keadaan itu, suasana menjadi sangat senyap. Selalunya kipas syiling tu akan memenuhi keheningan sewaktu peperiksaan. Kali ini hanya bunyi tapak kasut aku je yang bising. Sedang aku bergerak dari meja ke meja, tiba-tiba sebiji pemadam jatuh dari meja seorang calon ini. Bergolek pemadam tu hingga ke belakang. Yelah, sebagai pengawas, akulah yang kena kutip menatang tu. Lalu dengan langkah yang yakin aku pun kutip la pemadam tu. Aku tunduk kutip pemadam tu kaler hitam, tak disengaja aku terkentut. Adoi, kuat pulak tu. Malu siott! Semua calon dalam dewan tu ketawa. Aku pula merah padam dah muka ditambah lagi dengan bau bauan kentut tu. pergg. Tergendala sebentarlah sesi menjawab soalan. Aku still ok la, masih boleh control, tapi dalam hati, mak ai, malu bagai tinggi gunung kinabalu. Aku pun beritahu kepada calon-calon tu agar senyap dan teruskan menjawab. Sempat jugak aku minta maaf.

peperiksaan.jpg

Sumber : Google

Pengalaman hari kedua tu telah mengajar aku agar lebih berhati-hati. Jangan kerana pemadam kaler hitam, habis muka ku merah padam.

Sekian.

(Cerita ini sekadar pengkongsian. Jika melibatkan mana-mana pihak, aku minta maaf sangat-sangat ya. BTW, Good Luck Calon-calon UPSR 2017)

Advertisements

Admin

Leave a Reply