0

Resepi Cendawan Goreng Berempah, Perghh..

21032532_387907274945500_553204338222048209_n

Asalamualaikum dan salam Sejahtera. Harini admin nak share satu resepi yang admin pinjam daripada Resepi Memikat Hati. Resepi Cendawan Goreng Berempah. Admin memang seorang peminat cendawan. Sedap!

Jom belajar camna nak buat cendawan goreng ni.

CENDAWAN GORENG BEREMPAH 
BAHAN BAHAN:
Cendawan Tiram secukupnya
BAHAN BANCUHAN:
Tepung beras
Sedikit rempah kari daging
Bawang Merah (dikisar)
Bawang Putih (dikisar)
Sedikit air kapur (optional)
Sedikit minyak masak
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa.

20994382_387907324945495_1893975197045983065_n.jpg
CARA-CARANYA:
basuh cendawan terlebih dahulu. Perah dulu air pada cendawan dan toskan.
Satukan bahan bancuhan dalam satu bekas. Bancuh tepung agak agak macam nak buat goreng pisang.
Celupkan cendawan satu persatu dalam tepung bancuhan tadi dan goreng sehingga masak/perang keemasan. Angkat dan toskan. Selamat mencuba.

21032508_387907301612164_3926141314403596344_n.jpg
*Resepi ni agak agak saja sukatannya. Kalau cendawan banyak, bancuhlah tepung lebih sikit. Macam nak buat goreng pisang je. Biasa orang tua-tua share resepi pakai mulut saja. Saya share apa yang mak mertua sampaikan. Mak mertua kami memang suka masak sorang sorang kat dapur petang petang ni. Terima kasih sudi LIKE cendawan goreng mak mertua kami. Doakan mak kami sihat tubuh badan ya. 😊
Kredit resepi ini kepada cik puan siti masitah
💕💕 KALAU NAK SHARE,SILA KOMEN “SHARE”
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda) TQ ^^💕💕
Like & Share
Resepi Memikat Suami

*Resepi ini disalin terus daripada sumber.

Advertisements

Admin

Leave a Reply