Kerana wechat, hidupku hancur sia sia…

Hi Encik A, Cik B.

Silakan masuk.

“Terima kasih , Dr” jawab mereka berdua pada masa yang sama.

Masuklah seorang lelaki berumur 20-an yang Tall, Dark , Hensem dan berbadan sado. Dan tunangnye yang slim, berpakaian cantik .

Cik B, Kalau boleh izinkan saya berbincang dengan Encik A terlebih dahulu.

*Cik B pun berlenggang kangkung jalan aca aca top model keluar dari bilik*

Encik A. Anda tahu sebab anda dipanggil untuk berjumpa dengan Dr?

“Tidak , Dr. Kenapa Ye.” Jawab Encik A.

Seperti Encik tahu, Encik baru sahaja menjalani pemeriksaan saringan pra perkahwinan bersama tunang anda.

Dikepilkan sini adalah keputusan pemeriksaan anda. Sebelum anda membaca surat tersebut, sila minum air ni terlebih dahulu , “sambil menghulurkan gelas air masak”.

“Takpe lah Dr, Saya tak nak minum” – Beliau menolak dan terus membaca surat tersebut.

Mata beliau mula mengalir bila beliau terbaca “HIV RAPID TEST POSITIF”. Dan beliau terdiam seketika.

“Kami akan menghantar sample darah ke JB untuk ujian confirmation awak, tapi sebelum tu saya ingin bertanya beberapa soalan”

“Adakah anda tahu sebelum ini yang anda menghidapi penyakit tersebut?” Saya bertanya dengan suara yang serius (tiba tiba jadi mcm inspektor polis dalam Drama Tamil pulak)

“Tidak Dr” jawabnya dengan suara yang lembut.

“Minta maaf kerana bertanya soalan yang sensitif Encik, tetapi adakah anda pernah menjalinkan hubungan dengan orang lain, atau mendapatkan perkhidmatan sex worker?” Saya bertanya dengan konfiden sebab saya tahu dia tidak dapat penyakit tersebut dari tunang dia.

“Sebenarnya Dr…….”

Air mata mula mengalir deras memenuhi pipi dia. Saya pasti ia adalah air mata penyesalan.

“Sebenarnya Dr, beberapa tahun lepas masa Spm, I ada join group ini kat Wechat. Ye lah.. masa tu baru dapat telefon bimbit. Mula mula nya share gambar gambar intim dalam group tu.. lepas itu jumpa buat projek. Sekali je”.

“Adakah anda kenal perempuan tersebut?”

“Bukan perempuan , Dr”.

“Okay saya faham”, jawab saya. Adakah anda memakai perlindungan masa tersebut?

“Tidak ,Dr”

“Itu lah salah anda” jawab saya.

“Tapi Lelaki Lelaki tersebut yang memaksa saya untuk tidak memakai kondom, Baru dapat feel”.

“Lelaki Lelaki?” Bertanya saya. “Tadi cakap sekali”.

*Beliau berdiam sahaja*

Rupa rupanya beliau menjalankan sex bebas tanpa perlindungan.

“Macam mana u kenal mereka?” Saya bertanya sekali lagi.. sebab saya mesti memastikan kontak kontak dia disaring dan diberi rawatan dengan segera.

Kawan yang kasi id untuk add. Tak kenal pun mereka secara peribadi, Macam “once meet and that’s it”. Nak dapat ID pun bukannya susah. Berlambak kt internet.

Sekali lagi kesan kesan negatif dari internet. Apa yang beliau cakap adalah betul. Senang je nak search group group mcm ini online.

“Gadai terdorong ke pajak, sehari sebulan juga.”

Sekali sudah cukup . Jika anda tidak dapat mengawal nafsu dan membuat hubungan seks rambang tanpa perlindungan , anda boleh mengalami nasib yang sama seperti Encik A.

HIV boleh merebak antara sesiapa sahaja tak kira lelaki atau perempuan.

Jadi, Jangan sesekali melakukan seks rambang tanpa perlindungan.

Elakkan perbuatan zina kerana ia merupakan dosa yang besar.

Betul juga apa orang tua kita buat, Mereka kahwinkan anak anak muda mereka cepat untuk mengelakkan benda benda macam ini dari berlaku.

Jangan nak pentingkan wang hantaran sangat. Paling penting dapat pasangan yang baik untuk anak anak kita.

“When Nikah becomes expensive, Zina becomes cheap. So keep weddings simple and affordable so you can protect your child.

Fikir Fikirkan lah.

*Cerita ini adalah berdasarkan KISAH BENAR yang saya pernah jumpa. Bukannya Fiksyen. Dan ini bukannya kes pertama I jumpa dapat HIV melalui kenalan di dalam group sex chat*

Sumber

Advertisements

Leave a Reply

Up ↑

%d bloggers like this: