0

JPJ saman pemandu pakai selipar

Jabatan Pengangkutan Jalan merupakan satu agensi yang mengawal dan menguatkuasakan undang-undang di jalan raya. Pendek kata untuk memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya.

Oleh yang demikian JPJ mempunyai kuasa untuk menyaman pengguna jalan raya yang melanggar peraturan. Peraturan yang dimaksudkan semuanya ada di dalam buku peraturan jalan raya yang anda terima sewaktu mengambil lesen kenderaan di pusat memandu. Boleh juga dicari di laman web JPJ sendiri.

Wajib bagi kita sebagai pengguna jalan raya untuk mematuhi undang-undang jalan raya. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kemalangan.

Hari ini admin ingin berkongsi satu peraturan yang mungkin ramai kita tak tahu. JPJ atau polis trafik boleh menyaman pemandu yang menggunakan selipar ketika memandu.

Peraturan ini adalah wujud dan ditekankan kepada pemandu yang memegang lesen GDL. Pemandu kenderaan seperti lori ditekankan agar memandu menggunakan kasut kerana selipar boleh mengundang bahaya. Selipar yang longgar terutamanya boleh tersangkut pada pedal brake atau klac dan mengganggu pemanduan anda. Sama seperti memandu motosikal.

Bagi kenderaan kecil, penekanan terhadap peraturan ini adalah kurang. Namun bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Sebab itulah ketika anda belajar di institut memandu sebelum mendapat lesen, anda dikehendaki memakai kasut. Lepas ni memandu dengan kasut ye semua. Ingatlah orang tersayang. Berjaga sebelum kena.

Chill.

Advertisements

Admin

Leave a Reply