Tips memandu kereta menempuhi banjir di jalan raya

Kebiasaan di Malaysia adalah musim hujan pada penghujung tahun. Dengan beriklimkan panas dan sejuk sepanjang tahun, adalah perkara biasa kita melihat hari hujan dan kemudiannya panas bersambung.

nissan-leaf-wading-flood-water_1.jpg

Banjir juga menjadi bualan pada ketika ini memandangkan banyak kes banjir yang berlaku di seluruh negara. Kadang kala hujan hanya turun selama 2 hingga 4 jam boleh menyebabkan banjir dan air naik sehingga paras lutut. Keadaan sama berlaku di jalan raya. Hal ini mungkin disebabkan sistem perparitan yang bermasalah seperti tersumbat, dan saliran tidak betul.

Apabila air naik sehingga ke paras lutut misalnya, adakah masih berkebolehan bagi kenderaan anda untuk melaluinya? Jom baca tips-tips berikut jika ingin mengharungi banjir di jalan raya.

1. Elakkan melalui banjir.

Tips yang pertama dan yang paling utama ialah jangan ambil risiko melalui jalan yang banjir sama sekali! Jika anda rasa ragu-ragu, adalah lebih baik anda mencari jalan alternatif ataupun berpatah balik sahaja. Hal ini kerana kekuatan air yang mengalir itu boleh menghanyutkan kereta. Tahukah anda, air yang mengalir laju hanya perlu setinggi 1 kaki sahaja untuk menghanyutkan sebuah kereta bersaiz kecil?

Anda hanya akan melaluinya(banjir) jika anda benar-benar yakin dengan kemampuan kereta anda. Gunakan aplikasi GPS seperti Waze untuk mengetahui keadaan jalan yang ingin anda lalui.

2. Ukur ketinggian(kedalaman) air

Jangan cuba untuk melalui jalan yang banjir setinggi bahagian bawah kereta ada. Hal ini dapat mengelak daripada kereta anda ditarik oleh air semasa melaluinya. Bahagian luar kereta anda mungkin dibina untuk tahan air, tetapi bahagian dalam kereta anda mungkin akan rosak sekiranya anda melalui jalan yang banjir dan dalam. Lihat pada permukaan jalan di seberang, jika anda masi dapat melihat garisan, anda mungkin boleh melaluinya.

Jika anda sangat yakin untuk melalui jalan yang banjir, pastikan anda melalui pada bahaagian permukaan jalan yang tinggi kerana paras air adalah lebih rendah di kawasan tersebut. Kebiasaanya permukaan yang tinggi adalah di tengah-tengah jalan raya(dipengaruhi juga oleh keadaan jalan dan kualiti jalan).

3. Memandu melalui jalan yang banjirnya tenang

Seperti yang dikatakan pada awalnya, jangan memandu melalui jalan yang banjir. Namun jika anda yakin, pastikan air banjir di jalan raya yang ingin anda lalui adalah tenang. Elakkan mengekori kenderaan lain yang cuba melalui jalan banjir. Hal ini menyebabkan keadaan air berkocak dan mengalir lebih deras dan boleh menyebabkan kenderaan anda dibawa oleh air.

Pastikan anda hanya membawa selaju 3 km/h bagi mengelakkan tayar tergelincir semasa melaluinya. Jangan biarkan air terlalu tinggi dan melalui sehingga atas bonet enjin anda kerana untuk mengelakkan daripada enjin anda menyedut air melalui “air intake”. Gunakan gear rendah dan kekalkan pada satu-satu kelajuan(3 km/h). Elakkan berhenti di tengah-tengah jalan yang banjir. Ia boleh menyebabkan air akan masuk ke dalam paip ekzos anda.

4. Pastikan kenderaan anda dilindungi insuran banjir

Setiap tahun anda memperbaharui dan membayar insuran kereta anda. Sekiranya kawasan tempat tinggal anda seringkali mengalami masalah banjir, adalah disarankan supaya anda mengambil insuran banjir bagi kereta anda. Bagi sebuah kenderaan yang berharga RM120,000, dan mempunyai enjin 1.8 litre sedan, anggara jumlah insuran banjir tahunan adalah sekitar RM500. Lebih berbaloi daripada anda menghabiskan duit untuk memperbaiki kenderaan anda yang rosak ketika banjir. Sekiranya air masuk ke dalam enjin, anda memerlukan sekitar RM2000 –  RM10000 bagi kenderaan kecil untuk memperbaiki kerosakannya.

Anda perlu ingat bahawa enjin bagi kebanyakan kereta baharu pada masa kini dilengkapi dengan sistem elektronik yang lebih canggih. Banyak komponen elektrik yang mudah rosak apabila terkena air. Beringatlah sebelum kena.

Jangan lupa share kepada rakan-rakan anda.

Like facebook kami di Ceredit

Sumber : Carlist.my

 

Advertisements

Leave a Reply

Up ↑

%d bloggers like this: