0

Kita semua telah ter”alpa” dengan Internet…

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini admin ingin berkongsikan beberapa info mengenai privasi internet. Selama anda-anda di luar sana menggunakan internet, pernahkah anda terfikir mengenai privasi anda.

170329111154-internet-privacy-outrage-1024x576.jpg

Privasi anda-anda yang admin maksudkan di sini ialah data-data yang ada dalam peranti anda ketika menggunakan internet. Sebagai contoh la kan, anda menggunakan telefon pintar android. Anda ingin melayari Facebook anda. So, anda-anda perlu memasang aplikasi Facebook daripada Google Playstore. Maka install la anda semua aplikasi Facebook. Lepas tu guna la aplikasi itu. Tapi anda perlu ingat, aplikasi facebook ini ada meminta kebenaran daripada Anda sendiri (masa install) tu untuk mengakses data seperti senarai kenalan anda, mesej, senarai panggilan keluar dan masuk, data yang ada dalam memori telefon, dan juga memori kad, kamera telefon anda, dan macam-macam lagi. Bahaya ni!

Screenshot_20170407-172623.png

Walaupun Facebook tidak berminat dengan data-data yang ada pada peranti anda, tetapi Facebook boleh menjual data-data ini kepada syarikat-syarikat pengiklanan. Contohnya, anda seringkali men”search” barangan elektrik yang dijual online. Facebook mengumpul data itu lalu menyenaraikan semua pengguna yang juga berminat membeli barangan elektrik secara online. Data-data ini dijual kepada syarikat yang menjual barang elektrik secara online. Tup, tup, anda jumpa iklan Lazada menjual barangan elektrik dengan diskaun yang menarik(anda pun terfikirlah, macam mana lazada tau aku nak beli barang elektrik ini?)

otE0bGE.png

Haahh..itu contoh sahaja(bukan nak condem Facebook, just nak bagi tahu itu la realiti Internet).

Baik. Itu mengenai Facebook. Facebook, Google, Microsoft, Apple, dan banyak lagi syarikat-syarikat besar ini, timbang kilonya masih boleh dipercayai bahawa mereka-mereka itu tidak menyalahgunakan data peribadi kita. Maksudnya masih terkawal lah macam gitu. Tapi admin nasihatkan jangan lah terlalu dedahkan privasi anda. Ingat, anda menggunakan telefon android bermaksud anda telah membenarkan Google untuk memantau anda 100% daripada tempat tinggal anda, perjalanan anda, email anda, semuanya dipantau. Kerana semua data yang kita kongsikan atau kita gunakan dengan menggunakan aplikasi mereka-mereka ini juga telah menjadi hak milik mereka(baca term setiap apps yang anda-anda guna). Bagaimana pula aplikasi yang baru dan tidak popular? Adakah anda membaca term dan privacy semasa install?

FT_stolen-personal-data-by-age.png

So, di sini admin ada nasihat sedikit.

  1. Betulkan niat anda untuk menggunakan internet. Jangan anda-anda menyalahgunakannya.
  2. Jika anda ingin menggunakan aplikasi dalam telefon pintar anda, pastikan pengeluarnya, pembuatnya itu adalah daripada syarikat atau pihak yang anda percayai. Contohnya gunakanlah GMail daripada Google untuk akses email-email anda. Untungnya Gmail kini boleh digunakan untuk apa-apa jenis email termasuk Yahoo, dan sebagainya. Emel kerajaan pun boleh.
  3. Jangan kongsikan apa-apa yang sangat peribadi menggunakan aplikasi telefon. Contoh anda ingin kongsikan password MyBank2u anda kepada isteri atau suami/anak, lebih selamat jika anda kongsikan dengan cara bertelefon. Be carefull anda-anda semua. Gambar-gambar peribadi pun eloklah di simpan sahaja. šŸ™‚
  4. Sentiasa berwaspada terhadap aplikasi-aplikasi baharu di telefon anda. Gunakan Antispyware jika perlu. Gunakan internet untuk tujuan yang baik.

Admin akan kongsikan lagi selanjutnya di post kita semua teralpa dengan internet version 2.

Advertisements

Admin

Leave a Reply