0

Resepi nasi tomato

Resepi Nasi Tomato .

Bahan-bahan:

  1. 4 cawan beras – dibersih dan ditoskan (Kalau guna beras basmathi rendam selama 20minit dan toskan)
  2. 5 cawan air
  3. 1/2 cawan susu cair
  4. 2 sudu besar minyak sapi
  5. 4 sudu besar minyak masak
  6. 5 sudu besar tomato sup – Saya guna jenama kimball . Bahan untuk menumis:
  7. 2 kuntum bunga cengkih
  8. 1 kuntum bunga lawang
  9. 3 biji buah pelaga
  10. 5 cm kulit kayu manis
  11. 1 labu bawang besar – dicincang
  12. 2 biji tomato – di cincang
  13. 2 batang serai – diketuk
  14. 2 ulas bawang putih – di hiris
  15. 3 ulas bawang merah – di hiris
  16. 1 inci halia – di hiris nipis
  17. 2 helai daun pandan – di simpul garam secukup rasa .

Cara memasak :

  1. Cairkan minyak sapi dan minyak masak diatas api yang sederhana dan tumiskan rempah-rempah selama 2 minit.
  2. Seterusnya masukkan bahan yang di hiris dan kacau hingga berbau wangi.
  3. Kecilkan api dan masukkan beras. Kacau rata-rata selama 1 hingga 2 minit.
  4. Seterusnya masukkan air, susu cair, tomato sup, simpulan daun pandan dan garam secukup rasa.
  5. Pindahkan periuk ke dalam periuk nasi elektrik dan masak seperti biasa. .

AYAM MASAK MERAH .

Bahan A:

  1. 1 ekor ayam – di potong
  2. 12 garam dan kunyit secukupnya – untuk menggoreng ayam
  3. 2 batang serai – di ketuk
  4. 1 labu bawang besar – di potong bulat
  5. 1 tin kecil kacang peas
  6. 1 sudu besar gula melaka .

Bahan B – Dikisar:

  1. 5 ulas bawang merah
  2. 4 ulas bawang putih
  3. 3cm halia
  4. 10 tangkai cili kering – di rebus hingga lembut dan toskan
  5. 2 sudu besar sos tomato
  6. 1 sudu besar sos tiram .

Cara memasak:

  1. Gaul ayam bersama garam dan kunyit. Goreng hingga keemasa dan ketepikan seketika.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar hingga berbau wangi.
  3. Masukkan sos tomato, sos tiram dan gula melaka dan renihkan hingga kuah benar-benar masak.
  4. Perasakan dengan garam dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi serta gaul rata. Biarkan kuah sedikit pekat dan masukkan kacang peas serta matikan api dapur. .

Kredit resepi : Buku resepi online

Advertisements

Admin

Leave a Reply