Dikatakan terlalu handal, Sultan Johor pelawa KJ dan pasukan Polo Kebangsaan bertanding di Johor

“Kalau jantan, mari kita main dan tunjukkan taring masing-masing di Johor,” begitulah yang diperkatakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kepada skuad polo yang diketuai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Baru-baru ini KJ sendiri menjadi atlet bagi pasukan sukan polo dan telah mengalahkan skuad brunei 12-4 dan juga Singapura 13-2. Sultan Ibrahim walaupun menyatakan bahawa pasukan polo Kebangsaan adalah lemah. Mereka memasuki pertandingan itu hanya untuk mencukupkan syarat sahaja.

Sultan Ibrahim mengatakan bahawa beliau akan menghantar 2 anakanda saya dan dua org penjaga kuda untuk bertanding dengan pasukan kebangsaan.”Saya akan hantar dua anakanda saya dan dua orang penjaga kuda atau pun saya sekali kerana saya melihat diri saya masih handal lagi. “Kalau pasukan saya kalah, saya akan akui bahawa pasukan Sukan SEA lagi baik dan semuanya handal-handal belaka. “Polo di Johor sudah bermula sejak tahun 1884, bukannya semalam baru beranak. Semasa saya menjadi Tunku Mahkota, saya sudah bermain di serata dunia termasuk Piala Dunia untuk sukan tersebut,” jelasnya.

Tambah beliau, jika dibandingkan dengan Sukan SEA, ia bukan tandingannya. “Jikalau anda mahukan perlawanan yang lebih serius, datang ke negeri Johor. “Saya mempersilakan kepada semua rakyat Malaysia untuk turut sama hadir menyaksikan serta menikmati perlawanan antara pasukan Sukan SEA dan pasukan Johor,” jelas Sultan Ibrahim.

Sumber: malaysiakini

Advertisements

Leave a Reply

Up ↑

%d bloggers like this: