Bendera terbalik punya pasal, Malaysia diserang penggodam Indonesia.

Alkisah baru-baru ini ketika penganjuran Sukan SEA 2017 yang dilangsungkan di Kuala Lumpur, maka berlakulah kisah yang mana terdapat kesilapan percetakan pada buku cenderahati Sukan SEA. Bendera Indonesia Terbalik yang digunakan di dalam buku tersebut. Walau bagaimanapun Malaysia telah membuat permohonan maaf seterusnya akan memperbaiki masalah tersebut.

21032894_2346913785533914_3154116847419835968_n (1)

Namun kejadian tersebut mengundang kemarahan rakyat Indonesia yang mencetus kepada pesta godam. Ramai penggodam-penggodam dalam forum-forum di Indonesia mulai mencuba dan menunjukkan bakat masing-masing menggodam beberapa laman web biasa dan juga laman web kerajaan.

Antara laman web yang digodam adalah;

Laman biasa

mycaterer.com.my
bookyeh.com
jeffiz.com
soulhappie.com
qqflorist.com.my
eniglobal.com.my
vsbgroup.com.my
goldfields.com.my
group.bmx.my
ikimfm.my
koperasibpm.koop.com.my
solarcrest.com.my
smartrackgps.com.my

Laman kerajaan :

moh.gov.my
kejora.gov.my
mdjerantut.gov.my
kehakiman.gov.my

Pihak MyCert telah melaporkan bahawa sejak semalam (21/8/2017) banyak kes godam berlaku di negara kita. Antaranya ialah ‘defacement’, dan serangan Ddos yang bertubi-tubi. Sebagai langkah keselamatan semua pihak, MyCert menyarankan agar semua sistem admin mengemaskini aplikasi yang digunakan dan memperkuatkan pertahan sistem pelayan.

Anda boleh dapatkan maklumat tambahan tentang serangan dan laporan-laporan terbaru melalui laman web MyCert sendiri. Dan sekiranya anda ingin melaporkan insiden boleh melaporkan terus kepada pihak respon MyCert 24/7.

E-mail: cyber999@cybersecurity.my or mycert@mycert.org.my
Phone: 1-300-88-2999 (monitored during business hours)
Fax: +603 89453442
Mobile: +60 19 2665850 (24×7 call incident reporting)

Walaupun begitu ramai rakyat Indonesia yang tidak bersetuju dengan tindakan menggodam ini. Kes-kes seperti ini mungkin dilakukan oleh golongan remaja dan anak-anak muda yang berdarah panas dan sengaja mencari sebab untuk mereka melakukan insiden tersebut.

20882548_1150327651766589_2205571014623695596_n

Sebagai seorang yang profesional, anda seharusnya lebih bijak dengan menggunakan aplikasi yang dikemas kini serta antivirus yang terkini serta melakukan pemeriksaan pada pelayan-pelayan anda untuk mengelak daripada menjadi mangsa penggodaman.

 

Sumber dicerna daripada iluminati.com

 

Advertisements

Leave a Reply

Up ↑

%d bloggers like this: