0

Bendera Indonesia Terbalik; Malaysia mohon maaf.

#KL2017

Penganjuran Sukan SEA pada kali ini membawa banyak khabar berita. Baru-baru ini, Indonesia telah mengeluarkan isu yang mana bendera dan logo mereka yang diletakkan dalam buku program Sukan SEA 2017 terbalik!

20863577_888305084670014_8498444663130091011_o

Keadaan yang sebetulnya ialah warna merah berada di atas, manakala warna putih berada di bawah. Namun jika dilihat pada gambar di atas jelas menunjukkan bahawa kedudukannya terbalik. Kesilapan sekecil ini sebenarnya boleh membawa pelbagai andaian dan boleh menjejaskan hubungan antara dua buah negara ini.

Namun begitu, Malaysia telah pun membuat permohonan maaf dan berjanji akan memperbaiki masalah tersebut secepat mungkin. Mungkin kesilapan pada editing.

Walaupun begitu kita mengharapkan yang terbaik pada penganjuran kali ini. Semoga kita mencapai kejayaan. Good Luck Malaysia!

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Admin

Leave a Reply