Apa yang perlu anda tahu mengenai Sukan SEA 2017

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini kita membaca sedikit mengenai sukan SEA yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur pada ketika ini.

Sejarah.(rujukan : SukanSeaKualaLumpur)

Dahulunya dikenali sebagai Sukan SEAP (Semenanjung Asia Tenggara), ia telah diadakan buat pertama kalinya pada tahun 1959.

Pada temasya berkenaan, enam buah negara iaitu Thailand, Burma, Malaysia, Singapura, Vietnam Selatan dan Laos telah bertanding di dalam 12 acara sukan.

Berdasarkan sistem giliran yang baharu diperkenalkan, Brunei dipilih menjadi tuan rumah seterusnya iaitu untuk Sukan SEA 2017 dan diikuti oleh Malaysia pada tahun 2019. Bagaimanapun, Brunei telah memaklumkan bahawa ia belum bersedia untuk menjadi tuan rumah buat masa ini.

Sehubungan itu pada 14 Julai 2012, Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) telah membuat tawaran kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017 dan tawaran tersebut telah pun diterima dan dipersetujui.

Pada tahun 2019, sukan dwitahunan ini akan diadakan di Filipina dan kemudiannya di Vietnam pada tahun 2021. Pada tahun 2023, Kemboja pula akan menjadi tuan rumah buat pertama kalinya.

SEJARAH

Sukan Para ASEAN yang pertama pula telah diadakan pada tahun 2001 di Malaysia. Ia di ikuti dengan Vietnam (2003), Filipina (2005), Thailand (2007), Laos (2009), Jakarta (2011), Myanmar (2013) dan Singapura (2015).

Penganjuran kejohanan dwitahunan untuk atlet kelainan upaya ini bertujuan untuk mengeratkan persahabatan antara atlet-atlet di samping menyokong perkembangan sukan serantau. Ia juga bertindak sebagai satu platform untuk membantu atlet paralimpik diiktiraf dan diterima di dalam masyarakat ASEAN.

Atas faktor-faktor ini, Persekutuan Sukan Paralimpik ASEAN (APSF) telah memutuskan untuk mengadakan Sukan Para ASEAN sebaik sahaja tamatnya Sukan SEA, sebagaimana yang diamalkan untuk penganjuran Sukan Olimpik dan juga Sukan Asia.

Kali pertama Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA atau Sukan SEAP adalah pada tahun 1965. Sehingga kini, Malaysia telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001.

Ketika Sukan SEA 2001, Malaysia telah muncul sebagai juara keseluruhan dengan pungutan 111 pingat emas, diikuti oleh Thailand (103 pingat emas) dan Indonesia (72 pingat emas).

Selepas 16 tahun, Malaysia sekali lagi akan menjadi tuan rumah kepada sukan berbilang acara terbesar di Asia Tenggara, sekaligus menyamai rekod Thailand yang pernah menjadi tuan rumah Sukan SEA sebanyak enam kali.”

Jenama

img-about-maskhead

Tema Kuala Lumpur 2017 kali ini ialah ‘Bangkit Bersama’ yang melambangkan ketibaan era di mana negara-negara Asia Tenggara perlu bersatu sebagai sebuah komuniti. Rantau ini telah sekian lama menempa nama di persada antarabangsa dan kini sekali lagi mencipta sejarah untuk bersama-sama bersatu dan berganding bahu dalam mencapai keamanan, kemajuan dan kemakmuran. Kuala Lumpur 2017 akan menjadi satu detik yang penting kerana ia merupakan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN yang pertama diadakan selepas penubuhan Komuniti ASEAN pada 2015. Ia akan menjadi bukti bahawa sukan bukan sahaja akan memainkan peranan penting untuk menyatupadukan seluruh komuniti di Asia Tenggara dalam meraikan kecemerlangan dan meningkatkan semangat juang kesukanan kita, malah ia juga dapat meningkatkan dan memberi inspirasi kepada seluruh warga rantau ini.

Logo

img-about-logo

Logo ini pula dicipta berasaskan Wau Bulan, lambang kebanggaan Malaysia. Wau Bulan adalah sejenis layang-layang berbentuk bulan sabit yang terkenal di Pantai Timur negara ini. Keunikan rekabentuk dan kehalusan ukiran hiasannya, serta keindahan gemalainya melayang di angkasa melambangkan kuasa terunggul sebagai juara. Jalur warna-warni pula mewakili panji-panji semua negara peserta Asia Tenggara untuk membentuk identiti Kuala Lumpur 2017.

Maskot

img-about-rimau

Sebagai lambang semangat sukan yang membara, kita memerlukan maskot yang hebat dan menarik. Maskot yang terpilih untuk Kuala Lumpur 2017 ialah spesis Harimau Malaya yang terkenal dengan sifat gagah perkasa, peramah, berdaya saing, sekaligus melambangkan jiwa atlet sebenar. Namanya adalah Rimau.

RIMAU ialah singkatan kepada HORMAT (RESPECT), BERWIBAWA (INTEGRITY), TANGKAS (MOVE), BERSIKAP POSITIF (ATTITUDE) DAN BERSATU (UNITY).

HORMAT
Saling menghormati antara rakan dan lawan, pegawai-pegawai sukan dan peminat-peminat yang memberi sokongan.Mempertahankan nilai-nilai kesukanan sejati.

BERWIBAWA
Jujur dan amanah dalam mematuhi kod etika kesukanan dan nilai yang diterapkan di dalamnya.

BERSIKAP POSITIF
Bersikap positif dengan semangat kesukanan dan meraikan persahabatan. Bertanding untuk menang secara bermaruah.

BERSATU
Bersatu dalam menyemarakkan semangat kesukanan tulen.

TANGKAS
Tangkas, pantas dan gagah perkasa. Melangkaui had dan merentasi halangan.

Advertisements

Leave a Reply

Up ↑

%d bloggers like this: