Perkara yang anda perlu teliti sebelum membeli telefon…

Pembangunan pesat dalam bidang teknologi banyak memberi kesan dalam kehidupan. Sebagai contoh penggunaan telefon pintar kini sudah menjadi kewajipan dalam masyarakat kita. Sebagai contoh, anda dikehendaki mempunyai aplikasi WhatsApp dalam komuniti kerja anda sebagai alat perhubungan utama, dan hal ini memaksa anda untuk memiliki telefon pintar.

best-smartphones-of-2014

Berikut merupakan perkara yang anda perlu teliti sebelum membeli telefon.

1. Nak guna telefon untuk apa?

Ketahui anda ingin guna telefon yang akan anda beli untuk apa? Jika anda ingin gunakan sebagai alat untuk menghubungi rakan sahaja, maka tidak perlu membeli telefon yang canggih dan mahal. Sekiranya anda juga ingin menggunakan telefon sebagai platform game anda, maka anda perlukan peranti yang lebih baik.

2. Jenama(syarikat pengeluar)

Pentingnya memilih jenama telefon kerana pasarannya dan aksesories nya. Jika anda membeli telefon pintar daripada pengeluar yang baharu dan kurang popular, anda akan mengalami masalah mencari aksesori seperi screen protector, casing dan sebagainya. Berbeza jika anda mencari telefon yang popular. Selain daripada itu, kualiti telefon juga akan berbeza. Bagi syarikat pengeluar yang terkemuka, mereka akan menjaga nama baik syarikat dengan memastikan produk mereka berkualiti tinggi.

3. Saiz

Anda perlu mengambil kira saiz telefon pintar anda juga. Ada sesetengah orang tidak suka kepada telefon yang besar kerana sukar untuk disimpan di dalam poket. Selain daripada itu, tujuan penggunaan juga berkait rapat dengan saiz telefon pintar anda. Jika anda ingin menggunakan aplikasi editing seperti editing gambar, atau aplikasi pemprosesan perkataan, ada baiknya anda membeli telefon yang bersaiz besar paparannya.

4. RAM, Processor, Storage, Battery

RAM merupakan memori sementara yang digunakan oleh peranti telefon tersebut untuk memuat seberapa banyak memori sementara. Sebagai contoh, paparan aplikasi Facebook anda adalah dalam betuk data yang sementara dan sentiasa berubah apabila anda mengubah page atau scrool ke bawah. Semua data yang bersifat sementara ini disimpan dalam RAM. Semakin besar RAM, semakin banyak data sementara dapat dimuatkan. Semakin banyak data dimuatkan semakin cepat kita dapat mengakses data tersebut. Sebagai contoh, jika telefon mempunyai RAM yang kecil mengambil masa yang lebih lama untuk memuatkan satu-satu aplikasi itu berbanding dengan telefon yang mempunyai RAM yang lebih besar.

Processor ialah otak kepada sesuatu peranti itu. Semakin baik processor, semakin mantaplah telefon anda. Mudah bukan?

Storage adalah simpanan kekal untuk anda menyimpan data aplikasi dan juga data lain seperti gambar, video, dokumen dan banyak lagi. Jika anda suka mengambil gambar menggunakan telefon, bolehlah memilih telefon yang mempunyai storage yang besar. Namun terdapat pilihan untuk meletakkan memori kad ke dalam telefon.

Bateri telefon juga memainkan peranan. Anda tidak mahu telefon anda hanya bertahan selama 4 jam sahaja sedangkan anda memerlukan telefon tersebut untuk berfungsi sepanjang hari. Oleh itu, pilihlah telefon yang menggunakan bateri yang besar kapasitinya dan telefon yang menggunakan tenaga elektrik yang sangat rendah.

mh-cell-phone-shutterstock_316391048d.jpeg

Sekiranya anda ada pandangan lain, sila komen di ruangan komen. Jangan lupa untuk follow blog ini. ^_^

Advertisements

Leave a Reply

Up ↑

%d bloggers like this: