0

Mohon Permit Untuk Lakukan Sembelihan Raya Korban

cuboiart_korban.jpg

Bulan ini merupakan bulan mulia yang mana orang yang berkesempatan sedang menunaikan ibadah Haji. Tidak lama lagi akan disambut Raya Korban. Bila sebut mengenai raya Korban, mesti teringatkan daging korban.

cilisos-featured-image-hari-raya-haji-1140x640.jpg

Tahukah anda, sekiranya anda ingin membuat korban anda perlu memohon permit? Permit yang dipohon adalah untuk memudahkan anda membuat beberapa perkara sebelum melakukan sembelihan termasuklah memastikan sembelihan anda dalam keadaan yang sihat, sesuai untuk dikorbankan dan sebagainya.

Setiap permohonan permit adalah dikenakan bayaran sebanyak RM35 bagi setiap sembelihan yang mana pihak berkuasa akan melakukan pemeriksaan terhadap setiap sembelihan dari aspek penyakit berjangkit dan sebagainya. Pemeriksaan dan sijil kebenaran penyembelihan dapat dibuat di Jabatan Veterinar negeri. Sekiranya gagal berbuat demikian, boleh didenda sehingga RM15,000 jika sabit kesalahan.

Rumit tapi perlu bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini. Kita tak mau menerima penyakit daripada binatang korban bukan?

Think positively and be chill. ^__^

Advertisements

Admin

Leave a Reply