5 Ciri Android 7.0 yang perlu anda tahu…

Android merupakan Platform OS yang dijana berdasarkan Linux. Android dicipta dan dipunyai oleh Google ini telah mendominasikan lebih daripada 60% pengguna telefon pintar di seluruh dunia. Android banyak menerima perubahan dan sangat cepat akibat daripada Google yang memberi peluang kepada umum untuk mengubah dan menambah ciri pada OS itu sendiri. Kini Android lebih canggih dan setanding dengan OS yang lain seperti iOS.

Android yang terbaru kini adalah version 7.0 yang dipanggil Nougat. Android ini mempunyai pelbagai ciri-ciri baru yang menarik. Jom kita lihat.

1. Split Screen Mode 

Android-7.0-Nougat-review-split-screen-mode-Chrome-windows.jpg

Split screen mode ini membolehkan anda berinteraksi dengan dua aplikasi dalam satu paparan screen. anda membahagikan dua aplikasi mengikut saiz yang anda suka. Contohnya anda ingin membaca news feed daripada Facebook dalam masa yang sama anda ingin memilih lagu daripada telefon bimbit anda. Ciri ini telah lama digunakan oleh syarikat Samsung dalam beberapa keluaran telefonnya sebelum kewujudan android Naugat ini, namun kini anda boleh mendapatkannya tanpa membeli peranti Samsung. Anda hanya perlu mengemaskinikan Android anda kepada versi 7.0. Ciri ini sangat berguna.

2. Quick Switching between Apps

Jika anda perlu bertukar ke aplikasi lain yang sebelumnya semasa menggunakan satu-satu aplikasi, kini dengan android baharu ini anda hanya perlu menekan dua kali pada butan switch app pada peranti anda. Tak perlu keluar daripada aplikasi semasa dan mencari icon aplikasi yang sebelumnya. Anda membuang masa. Kini ciri baharu ini sangat memahami anda.

3. Notification

Android-7.0-Nougat-review-lock-screen-notifications-3

Notifikasi pada andriod baharu ini amat menarik. Dengan design yang amat cantik, mudah untuk anda mengakses notifikasi. Anda dapat mengakses notifikasi hanya daripada lockscreen anda. Anda boleh mengubah tetapannya pada Setting telefon anda.

4. Multi language support and emoji

Android-N-emoji-2

Android Nougat ini juga menyokong banyak bahasa yang lebih baharu. selain daripada itu, banyak emoji juga tersedia dalam update ini.

5. Faster

Sudah semestinya kemaskini terbaru ini meningkatkan kelajuan telefon anda. Pengurangan penggunaan RAM dan Processor adalah faktor utama telefon anda lebih laju daripada biasa. Android Nougat ini menggunakan seminimal memori anda untuk meningkatkan kompetensi telefon anda.

 

Banyak lagi ciri-ciri yang boleh anda baca di sini

Sumber : Android Authority

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Up ↑

%d bloggers like this: