0

Lagi kes guru pukul murid…

Berita harini mengatakan seorang guru memukul anak muridnya menggunakan buku teks tanpa sebarang alasan munasabah.

Berikut merupakan petikan daripada sinar harian mengenai perkara tersebut.

SEGAMAT – Seorang bapa di Felda Kemelah, di sini, mendakwa anak lelakinya dipukul seorang guru lelaki di kepala dan belakang tengkuknya menggunakan buku teks, Rabu lalu. Azman Abd Aziz, 51, berkata, dia yang berniaga di kantin sekolah tersebut hanya dimaklumkan kejadian yang menimpa anak lelakinya, Nor Aiman, 12, kira-kira pukul 10.15 pagi selepas anaknya itu mengadu kepadanya. “Saya kesal apabila guru tersebut memukul kepala anak saya beberapa kali menggunakan buku teks tanpa sebarang alasan munasabah dan akibat kejadian tersebut, dia (anak) sering mengadu sakit kepala kepada saya.

Baca selanjutnya di Sinar harian

Sebenarnya kes ini bukan perkara baru. Banyak kes kes yang membabitkan guru memukul anak murid dan sebagainya. Namun begitu sebelum kita membuat andaian, kita perlu mendengar daripada kedua belah pihak untuk mengetahui perkara yang sebenar.

Ilustrasi-guru-pukul-murid

Berkenaan dengan berita tersebut, admin tidak berpihak kepada mana-mana individu, namun pendapat admin, semua perkara berlaku hadir bersama sebabnya. Daun yang bergoyang disebabkan angin yang bertiup, angin yang bertiup disebabkan perubahan dan pergerakan haba di muka bumi, perubahan haba berlaku daripad pelbagai faktor. Begitu juga kes ini. Mungkin guru tersebut dalam keadaan strees lalu memukul murid tersebut, ataupun ada perkara yang dilakukan oleh murid tersebut yang menyebabkan guru itu melakukan perkara sedemikian. Kita perlu tahu latar belakang perkara ini.

Orang-Tua-Protes-Oknum-Guru-SD-Diduga-Pukul-Murid_184937

Advertisements

Admin

Leave a Reply