Ciri iOS 11 baru yang awesome!

Kepada pengguna-pengguna telefon pintar keluaran Apple, kini iOS11 Beta 5 telah pun diumumkan. Wah, sungguh cepat bukan? Mari kita lihat apa yang menarik pada iOS yang baru ini.

1. Features

Pada iOS11 kali ini, lebih banyak icon yang menarik dan cantik menukarkan icon-icon aplikasi yang lama. Sebagai contoh, aplikasi Maps kini dengan icon baru (lihat pada gambar)

iOS11PB5Icons.jpg

Ingat pada wallpaper ikan? Wallpaper yang tidak ramai penggunanya? Kini Apple telah pun membuangnya. Kita mengharapkan agar lebih banyak Wallpaper akan diganti dan lebih menarik daripada wallpaper sebelum ini.

iOS11PB5Fish.jpg

2. Fixes

Pada kemas kini sebelumnya, Family Sharing menghadapi masalah. Banyak masalah seperti mendapatkan kebenaran untuk memasang aplikasi dan sebagainya. Kini dengan iOS 11 Beta 5 ini, masalah tersebut telah pun dibaiki.

Manakala masalah apabila anda memadam voicemail akan menyebabkan teledon anda akan crash(mengalami masalah operasi) telah juga dibaiki. Sejarah telefon(call history) juga telah pun berfungsi seperti biasa.

Aplikasi Photos pun sudah dibaiki. Kini anda boleh berkongsi gambar ke macOS tanpa menghadapi sebarang masalah. Gambar yang dikongsikan dengan macOS juga tidak bermasalah dari segi orentasinya. Sekiranya anda ada aplikasi kamera yang menggunakan RAW+JPG, format tersebut dikekalkan jika anda sharing kepada macOS. Terbaikkkkk bukan? 🙂

 

Setakat itu dahulu admin berkongsi bagi penulisan mengenai iOS 11 ini. Admin akan memberi informasi lebih lanjut lagi kemudian. Sampai bertemu kembali. ^__^

Sumber : Forbes

Advertisements

Leave a Reply

Up ↑

%d bloggers like this: