0

Anda patut lakukan ini semasa peperiksaan..

Peperiksaan awam sudah semakin hampir. Peperiksaan yang paling hampir ialah UPSR.

Admin ingin kongsi perkara yang patut anda semua calon calon peperiksaan besar ini lakukan atau tidak perlu sama sekali.

1. Study hard

Belajar dengan bersungguh sungguh bukan bermaksud study hard. Ada sesetengah orang belajar sehingga mengabaikan masa-masa bersama keluarga, ibu bapa, kawan dansebagainya. Ada orang yang belajar sehingga makan pun terlupa.

Admin nasihatkan tak perlulah belajar sehingga melupakan rutin harian anda. Elakkan daripada keadaan seperti ini. Bertenang dan belajar seperti biasa

2. Study Smart

Anda perlu bijak dengan mengamalkan pembelajaran secara bijak. Sebagai contoh, diakhir-akhir hari sebelum peperiksaan, anda tidak perlu lagi menjawab soalan-soalan yang anda sudah mahir. Tumpukan kepada soalan yang anda kurang mahir. Anda dapat menjimatkan masa. Cuba belajar bersama rakan-rakan. Ambil masa untuk bersama rakan mengulang kaji.

3. Fikirkan sudut yang berbeza

Pernahkah anda berasa tidak dapat menyelesaikan satu-satu masalah itu? Seperti yang kita tahu, dimana ada masalah, ada penyelesaiannya. Anda hanya perlu memikirkan caranya. Sekiranya anda tidak dapat menjawab sesuatu soalan dengan kaedah biasa, cuba gunakan kaedah lain. Kaitkan dengan banyak perkara. Elakkan berfikir singkat dan pendek.

Advertisements

Admin

Leave a Reply