0

5 Aplikasi terbaik dan selamat untuk menempah hotel

Mungkin anda seorang yang gemar berjalan melihat keadaan di tempat orang? Atau anda seringkali sibuk dan selalu menempah hotel untuk tujuan kerja dan sebagainya? Anda perlu tempah sebuah hotel untuk percutian?

Penulisan kali ini akan admin utarakan beberapa aplikasi yang memudahkan anda untuk menempah hotel dan penginapan. Ianya sangat mudah. Hanya dengan sentuhan jari anda.

Jom lihat 5 aplikasi yang baik dan selamat untuk menempah hotel di Malaysia.

1. Agoda

Aplikasi agoda ini sangat mudah. Anda hanya perlu memilih tarikh, tempat, dan bilangan orang yang akan menginap, kemudian Agoda akan menolong anda untuk memendekkan carian hotel anda. Terdapatbeberapa filter yang boleh digunakan untuk memudahkan anda mendapatkan hotel yang diingini.

Agoda mempunyai kelebihan iaitu anda boleh memasukkan kad Bonuslink anda dan mendapatkan mata ganjaran! Kelebihan yang lainnya Agoda memberi opsyen untuk menunjukkan harga keseluruhan bilangan hari menginap berbanding aplikasi lain.

2. Trivago

Trivago juga adalah sebuah aplikasi mudah yang menarik. Penggunaannya amat minimal dan dipercayai. Aplikasi ini sebenarnya lebih kepada aplikasi yang membandingkan harga sesebuah bilik itu di aplikasi-aplikasi yang lain. Aplikasi ini menyusun semula bilik mengikut harga yang ditawarkan daripada beberapa agensi dan syarikat lain. Sila rujuk gambar. Dengan kata lain, bilik yang sama tetapi mempunyai harga yang berbeza.

Aplikasi ini sesuai bagi mereka yang ingin mencari hotel Budget atau backpakers. Namun begitu tidak banyak yang berbeza berbanding menggunakan aplikasi ini untuk menempah hotel yang diingini.

3. Traveloka

Aplikasi ini adalah aplikasi yang admin baru saha menggunakannya. Aplikasi ini menyediakan kemudahan untuk membeli tiket kapal terbang. Pengguna boleh menetapkan notifikasi bagi tiket kapal terbang untuk masa-masa yang dipilih. Sebagai contoh anda ingin mencari Tiket yang murah dan berpatutan pada tarikh 30 Ogos 2018 daripada Kuala Lumpur Ke Beijing China. Anda tetapkan pada aplikasi ini dan aplikasi ini akan memberikan anda notifikasi sekiranya ada tiket-tiket yang murah dan berpatutan pada tarikh tersebut. Oleh itu anda bolehlah membuat pilihan dengan lebih bijak.

Tempahan hotel pula amatlah menarik. Banyak kod kod baucer diberikan untuk memberikan anda diskaun yang amat berpatutan. Pilihan pun banyak. Satu perkara yang admin suka mengenai aplikasi ini ialah designnya yang amat cantik dan menarik. Cubalah! ^_^

4. Expedia

Expedia salah satu lagi aplikasi yang memberi kemudahan pengguna untuk membuat tempahan hotel dan juga penerbangan. Expedia juga memberi perbandingan harga tiket yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan yang berbeza. Mudah bagi kita untuk memilih tiket yang berpatutan. Sama juga hotelnya.

Expedia juga sangat popular digunakan untuk menempah hotel-hotel. Amat mudah dan berpatutan. Juga terdapat pelbagai promosi dan memudahkan kita memilih hotel yang kita ingini. Selain daripada itu, aplikasi ini juga menunjukkan rating hotel-hotel dan juga kita dapat melihat pandangan orang yang pernah menginap di hotel-hotel tersebut.

5. Hotel.com

Hotel.com kini banyak memberi rating hotel-hotel di Malaysia. Ratingnya juga boleh digunapakai sama seperti Tripadvisor dan sebagainya. Hotel.com juga mudah dan selamat digunakan untuk menempah hotel. Jaminan pulangan semula wang juga ditawarkan bagi penginapan-penginapan tertentu. Kadang-kala kita perlu menukar tarikh, namun itu tertakluk kepada hotel-hotel yang dipilih.

Warna aplikasi ini ialah merah dan cantik. Admin suka melihat aplikasi ini. Selain daripada itu kita dapat juga memberi rating untuk hotel-hotel yang dipilih.

Advertisements

Admin

Leave a Reply