3 Aplikasi Membeli Belah Online yang Popular

Shop-Online-Banner-2

Dewasa kini adalah menjadi kebiasaan bagi kita melihat ramai orang menggunakan aplikasi-aplikasi atas talian untuk membeli barangan seperti gadget, pakaian, dan pelbagai lagi barangan. Berikut admin kongsikan 3 laman sesawang dan aplikasi yang selamat digunakan untuk membeli belah secara Online:

1. ZALORA

akdjfh

Zalora merupakan sebuah syarikat yang memasarkan pelbagai barangan pakaian dan kecantikan seperti pakaian, aksesori, kasut dan banyak lagi. Zalora juga merupakan salah satu platform pembelian atas talian yang beroperasi sepenuhnya di atas talian. Walaupun seringkali zalora membuat promosi dan gerai,namun zalora tidak mempunyai bangunan kedai yang khas seperti Padini, H&M atau Parkson. Kelebihan anda berbelanja di Zalora ialah dijamin pulangan wang sekiranya anda tidak menerima tempahan anda. Selain itu juga anda juga boleh mengembalikan semula barangan sekiranya anda tidak meyukai atau tidak sesuai dengan saiz barangan yang ditempah. Zalora akan menggantikan bagi barangan yang ingin ditukar saiznya dan dihantar secara percuma ke alamat anda. Menarik bukan!

2. LAZADA

Lazada-resized

Lazada merupakan satu paltform pembelian baranggan atas talian yang semakin popular kini. Kebanyakan barangan yang dipasarkan di laman ini adalah berbentuk teknologi. Namun demikian pelbagai barangan lain juga dapat dilihat dijual di laman ini. Terdapat lebih daripada 1000 penjual yang menggunakan paltform Lazada ini untuk menjual produk masing-masing. Lazada memberikan anda perlindungan terhadap penipuan dan banyak lagi bantuan sekiranya anda perlu. Lazada akan mengambil tindakan terhadap mana-mana penjual yang menipu seperti menghantar barangan yang salah atau yang telah rosak dan sebagainya. Nasihat admin kepada anda, sekiranya anda ingin menggunakan Lazada, jangan lupa baca dengan teliti segala maklumat produk untuk mengelakkan anda kecewa dengan kualiti produk atau servis. Good Luck!

3. SHOPEE

shopee-guarantee-infographics

Shopee merupakan salah satu lagi platform yang memberi peluang kepada peniaga-peniaga online memasarkan barangan mereka. Walaupun terdapat beberapa kes yang mana ada pembeli yang menipu peniaga dengan meminta peniaga memuat turun aplikasi palsu Shopee dan mencuri data peniaga lalu memindahkan segala wang yang ada ke akaun penipu, namun shopee telah bertindak dengan menyenarai hitamkan semua penipu dan scammer yang dapat dikesan melalui cara pembeli menawarkan untuk membeli diluar aplikasi shopee. Kelebihan Shopee ini ialah, pembeli yang membeli barangan mempunyai kuasa untuk melepaskan wang yang telah dibayar kepada shopee kepada penjual. Sekiranya barangan yang dipesan tidak menepati seperti yang diminta, ataupun terdapat penipuan barangan, pembeli boleh membuat laporan dengan hanya satu klik butang. Shopee akan bertindak dan tidak akan memberikan wang kepada penjual, dan memberi semua wang kepada pembeli dalam bentuk refund. Kelebihan yang lain ialah peniaga online boleh menggunakan platform ini dengan percuma untuk memasarkan produk masing-masing.

b1

Advertisements

Leave a Reply

Up ↑

%d bloggers like this: