Mitos atau Fakta! Minum air berais tidak baik untuk kesihatan?

70% daripada tubuh badan manusia terdiri daripada air. Pendek kata kita memerlukan air lebih banyak berbanding makanan. Tubuh badan manusia memerlukan paling kurang 1.5 litre sehari(seseorang yang tidak mengeluarkan peluh) iaitu sebanyak 8 gelas(agak-agak 8 gelas kot). Berlainan jika anda mengeluarkan peluh kerana bersukan atau bekerja, anda perlu lebih daripada 8 gelas air untuk menampung keperluan tubuh.

Sudah menjadi kebiasaan kita meminum air yang berais terutama ketika cuaca panas. Ada yang mengatakan minum air berais ini tidak baik untuk kesihatan? betul ke? Jom baca penerangan di bawah.

times-to-drink-water.jpg

Mitos!

Air berais banyak memberi perkara yang positif terhadap tubuh badan. Air berais ini yang diklasifikasikan sebagai air(apa-apa air minuman) yang diletakkan ais supaya suhunya lebih sejuk daripada suhu persekitaran. Apa sumbangan air minuman berais terhadap tubuh badan?

  1. Sebagai ejen yang menyejukkan tubuh badan ketika panas terik.
  2. Air sejuk lebih cepat diserap ke dalam badan berbanding air panas. Sesuai meminum air sejuk berais ketika panas terik untuk mendapatkan kembali tenaga dan oksigen dengan cepat.

Fakta!

Air berais juga mendatangkan perkara yang kurang baik terhadap tubuh badan manusia apabila diambil pada waktu yang kurang tepat. Selalunya kita mengambil air sejuk pada waktu selepas makan atau semasa makan. Pengambilan air berais pada waktu tersebut akan menyebabkan:

  1. Sistem pencernaan tidak berfungsi dengan baik.
  2. Ais dapat menjadikan lemak dalam makanan menjadi pepejal(beku)
  3. pengurangan terhadap imunisasi badan kerana badan akan menghasilkan mukus yang berlebihan apabila mengambil air berais dan menyebabkan imunisasi tubuh badan berkurang

 

Makanan apa pun akan menjadi kurang baik kepada tubuh badan apabila diambil secara berlebihan. Ingat tu. Semoga bermanfaat.

Advertisements

Perkara yang perlu ada tahu ketika memilih hotel atau resort

Seringkali menjadi masalah ketika hendak memilih tempat untuk bermalam ketika anda melawat sesuatu tempat bertujuan untuk melancong, urusan peribadi atau kerja, dan sebagainya. Kebannyakan orang terpengaruh dengan iklan-iklan yang disebarkan di laman sosial atau di poster-poster, brosur, pemplate dan sebagainya, namun ketika sampai ke tempat menginap, mereka kecewa kerana tempat tersebut tidak seperti yang ditulis pada iklan atau laman sosial. Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan semasa memilih hotel atau tempat anda menginap.

1. Kadar

Kadar harga perlu anda ketahui sebelum memilih sebuah bilik. bandingkan dengan hotel-hotel yang lain adakah kadarnya sama, atau lebih mahal atau lebih murah.

2. Kemudahan

Kemudahan yang disediakan oleh pihak Hotel juga perlu dipertimbangkan. Ikut kepada keperluan anda. Jika anda bermalam bersama keluarga, sudah tentu anda perlukan bilik yang lebih besar. Mungkin anda memerlukan gimnasium, ataupun kolam renang. Lihat juga kemudahan seperti tab mandi, air panas di bilik mandi, penghawa dingin, iron, pengering rambut, telivisyen, wifi dan sebagainya.

3. Lokasi

Anda harus tahu selok belok lokasi tempat anda menginap. Lihat sekitar samada ada kedai atau tarikan di sekeliling anda. Pastikan juga bersesuaian dengan tujuan anda menginap. Jika anda bertujuan untuk kerja, pastikan tempat anda menginap itu berdekatan dengan tempat kerja. Jika anda ingin membeli belah, tempahlah hotel di kawasan yang dekat dengan kawasan membeli belah.

4. Pengangkutan

Pengangkutan amat penting. Pastikan tempat anda menginap mempunyai akses kepada pengangkutan awam jika anda tidak membawa kenderaan sendiri. Contohnya anda menginap di Kuala Lumpur, pastikan hotel anda jauh daripada kesesakan lalu lintas atau hotel anda berdekatan dengan pengangkutan awam seperti LRT, Monorel, Bas, Teksi dan sebagainya. Hal ini memudahkan anda untuk ke tempat-tempat yang ingin dilawat.

5. Pandangan dan maklum balas

Pandangan dan maklum balas(review) daripada orang ramai juga amat penting. Anda boleh menbaca review di Google Maps, trip advisor, agoda, traveloka dan banyak lagi aplikasi hotel yang boleh anda baca. Penting untuk kita mengetahui pandangan orang agar kita dapat mengetahui keadaan sebenar tempat tersebut. Tidaklah nanti indah khabar daripada rupa.

3
review yasadasdadabbbada

21

Kenapa Youtube Laju di sesetengah tempat berbanding website lain? 1.0

youtube-logo-1

Apabila disebut perkataan youtube, sukar bagi kita mencari siapakahyang masih  belum mengenalinya. Youtube merupakan laman sesawang yang menyediakan anda satu platform perkongsian video pelbagai genre dan meluas di seluruh dunia. Youtube dimiliki oleh syarikat gergasi Google, antara syarikat terkaya di dunia.

Pernahkah anda terfikir mengapa youtube lebih pantas berbanding dengan website lain sedangkan kelajuan internet anda pantas? Bukankah sekiranya internet pantas, capaian laman sesawang juga akan pantas?

Perlu anda ketahui bahawa setiap penggunaan internet adalah pertukaran data antara beberapa alat (devices). Maknanya jika anda mengakses laman sesawang A, maka terdapat pertukaran data antara peranti yang anda gunakan untuk mengakses dengan server laman sesawang A.

Walaupun internet anda sangat pantas tetapi jika capaian ke server A tidak memuaskan, anda akan mendapati bahawa laman sesawang tersebut lembab. Dalam hal ini pelayar(server) mengambil peranan yang penting. Server ini bertujuan menyimpan segala data berkenaan dengan laman2 tertentu. Setiap laman sesawang yang besar seperti facebook, google, mempunyai server tersendiri.

Berbalik dengan youtube, mengapa ianya laju berbanding website lain. Hal ini kerana google mempunyai CDN(content delivery network) di serata dunia. CDN ini berfungsi menyimpan data daripada youtube agar dapat diakses dengan pantas. Contohnya youtube akan lebih pantas di negara yang mempunyai CDN google berbanding negara yang tidak mempunyai CDN. Bagaimana CDN ini membantu?

Contohnya anda mengakses video B di youtube. Jika video B itu ada di dalam CDN yang terdekat dengan anda, maka video B akan dapat ditonton dengan pantas. Jika anda menonton video C yang mana video tersebut belum ada dalam CDN yang terdekat dengan anda. Youtubr akan mengakses video C itu pada sumber asal dan terus streaming ke aplikasi youtube anda. Peranti anda akan menyimpan cache iaitu sandaran kepada video c tadi. Selepas anda menonton Video C tadi, youtube akan menyimpan sandaran video C tadi pada CDNyang terdekat agar jika video itu ditonton oleh orang lain sekitar anda, mereka akan mengalami kelajuan youtube yang memuaskan.

Sekian sahaja perkongsian hari ini. Post ini akan bersambung kemudian.

Chill

Boleh tak memakai minyak wangi beralkohol untuk solat?

Tahukah anda bahawa budaya memakai minyak wangi ini telah wujud beberapa ratus tahun dahulu? Maknanya orang terdahulu pun sudah pernah mencipta minyak wangi. Pasti anda tertanya-tanya bagaimanakah wanginya/baunya minyak wangi orang zaman dahulu.

Orang tertanya-tanya adakah dibenarkan minyak wangi beralkohol dipakai sewaktu menunaikan solat? Ramai orang yang tidak mengetahui tentang ini dan mengaitkan dengan alkohol yang diminum. Alkohol yang diminum dikira sebagai najis kecil dan tidak sah solat jika anda meminum, atau ada cecair minuman tersebut terkena baju anda dan sebagainya. Umpama anda terkencing dalam seluar dan ingin menunaikan solat, solat akan menjadi tidak sah, kerana anda masih belum membersihkan diri daripada najis walaupun najis kecil.

Berbeza dengan minyak wangi. Minyak wangi biasanya mengandungi alkohol yang menjadi sebahagian daripada minyak wangi tersebut. Namun alkohol di dalam minyak wangi berbeza dengan alkohol yang diminum. Alkohol dalam minyak wangi tidak dikira sebagai najis kecil(seperti yang dipersetujui oleh para ulama) dan sifatnya itu membolehkan miyak wangi beralkohol boleh digunakan ketika solat.

Semua dan faham kan. Tidak ada yang susah dalam Islam. Malah memakai minyak wangi semasa solat adalah sunnah Nabi. Sama-sama lah kita beramal.

Semoga penulisan ini bermanfaat untuk semua dan dapar merungkai semua persoalan anda. Jangan lupa Share.

Kenapa kita selalu nak buang air kecil jika kesejukan?

Pernahkah anda mengalami situasi ini? Anda menaiki kapal terbang daripada suatu tempat ke suatu tempat, dan seperti yang kita sedia maklum, kapal terbang menggunakan penghawa dingin sepanjang penerbangan. Adakah suhu sejuk di dalam kapal terbang menyebabkan anda kerap kali berasa ingin buang air kecil?

download
Sekadar gambar hiasan. Sumber : google search image

Jika anda pergi melawat kawasan-kawasan sejuk dalam negara seperti Cameron Highland, ataupun kaki gunung Kinabalu, Kundasang, anda pasti akan mengalami situasi ini. Namun, adakah benar bahawa suhu bertindak balas dengan kekerapan kita membuang air kecil? Jom baca kupasan di bawah.

Mungkin ramai antara kamu yang telah mengetahui perkaitannya. Namun bagi mereka yang belum mengetahui, perkaitan antara suhu dan kekerapan anda ke tandas adalah benar.

Jika suhu sejuk, maka kekerapan ke tandas untuk membuang air kecil tinggi. Persoalannya ialah mengapa?

Semasa kita berada di tempat yang sejuk, badan kita akan cuba untuk mengekalkan tahap kepanasan badan. Tubuh badan manusia memerlukan haba untuk kekal berfungsi dengan baik. Oleh itu tubuh badan haruslah mengekalkan suhu optimum agar semua organ dalam badan berfungsi dengan cemerlang. Tubuh badan kehilangan banyak haba melalui organ terbesar kita iaitu kulit. Untuk mengatasi kehilangan haba sewaktu cuaca sejuk, tubuh badan kita akan cuba mengurangkan pergerakan darah di dalam saluran darah. Pergerakan darah ini meningkatkan lagi kecepatan kehilangan haba dalam badan terutama pada bahagian kaki dan tangan. Darah memainkan peranan yang amat penting dalam mengekalkan suhu badan. Sistem tubuh badan akan mengecutkan saluran darah sewaktu badan kita sejuk untuk mengurangkan pergerakan darah. Bagi membenarkan pengecutan ini berlaku, sel-sel darah haruslah dikurangkan saiznya daripada saiz asal. Apa yang berlaku ialah cecair-cecair yang kurang penting di dalam darah akan dirembeskan melalui ginjal bagi mengurangkan saiz darah dan membenarkan pengecutan saluran darah. cecair lebihan yang ditapis di ginjal tadilah yang akan menjadi air kencing anda. Sebab itulah ketika badan anda sejuk, anda lebih kerap ke tandas. Perkara ini adalah normal dan salah satu tindak balas tubuh badan bagi menghadapi cuaca sejuk.

99119
Sekadar gambar hiasan. Sumber: Google Search Image

Jangan lupa share.

Chill ^_^.

Yuran PIBG tidak wajib?

Seperti mana yang kita sedia maklum, kebanyakan sekolah di seluruh negara mempunyai persatuan ibu bapa dan guru PIBG dan pelaksanaan kutipan yuran PIBG adalah kebiasaan. Namun tahukah anda bahawa yuran PIBG bukanlah wajib?

YURAN PIBG TIDAK WAJIB

1. Bayaran PIBG adalah sukarela. Ia adalah sumbangan BUKAN YURAN.

2. Walaupun keluarga mampu tidak semestinya wajib membayar sumbangan (yuran) PIBG.

3. Di sinilah tugas kepimpinan PIBG diperlukan. Mereka harus mewujudkan hubungan baik dengan ibubapa.

4. Dengan hubungan yang baik, lebih ramai ibu bapa yang akan menyumbang kepada PIBG secara sukarela.

4. Pekeliling PIBG telah dikeluarkan sejak 1989 oleh pihak Kementerian yang menetapkan tidak ada mana-mana pihak pengurusn sekolah boleh memaksa, mengarahkan atau mengenakan apa-apa hukuman kepada pelajar atu ibu bapa yang tidak membayar sumbangan PIBG.

5. Perkara 38 (a) Di dalam AKTA PENDIDIKAN 1996, PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA & GURU) 1998 [Sub peraturan 7(2)] PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG) secara jelas melarang paksaan apatah lagi mengenakan hukuman seperti menahan pengagihan buku teks, penahanan keputusan peperiksaan termasuk peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM kepada pelajar yang tidak membayar sumbangan PIBG.

6. Laporan kepada pihak berwajib boleh dibuat oleh ibu bapa jika ada mana-mana PIBG atau sekolah yang melanggar peruntukan akta ini.

7. Jadi, adalah sangat musykil jika ada sebahagian orang yang mendakwa keputusan peperiksaan ditahan jika tidak membayar sumbangan PIBG ini.

8. Lagi satu dah namanya sumbangan/derma, jadi pihak berkaitan tak perlu tetapkan berapa yg harus disumbangkan oleh ibu bapa.

10. Sila share agar yang lain tahu

daya

Motor Sekkung

“Motor Sekkung”

images (72)
Sekadar gamabr hiasan

Motor sekkung ni bermakna motosikal yang telah lama tidak digunakan. Kira macam tersadai di garaj @ di bawah pokok mangga. Sudah pasti dapat dibayangkan betapa teruknya keadaan motosikal itu. Berkulat hijau, berhabuk, berkarat & lusuh. Pelana mungkin merekah. Tangki pudar warna. Tayar sudah pasti kempis sekempis kempisnya.

Jadi, untuk hidupkan motor sekkung ni agak memeritkan. Kalau yang jenis ‘kick starter’ memang boleh lari alignment ataupun boleh putus ligamen lutut. Kalau yang ‘electric starter’ memang tak bunyi langsung palam pencucuh diaktifkan. Proses menghidupkan kembali motosikal ini sudah pasti memakan masa & tenaga yang banyak.

Begitulah jugak kalau kita dah lama tak solat. Untuk ‘restart’ solat setelah lama ‘berehat’ memang akan jadi satu proses yang sangat janggal. Sudah terbiasa hidup tanpa solat, maka untuk mula solat tu memang menuntut satu ‘pengorbanan’ yang luar biasa.

moto2

Pun begitu, bersolatlah. Kerana solat tanda pergantungan kita kepadaNya. Kenapa perlu bergantung kepadaNya? Sebab kita wujud keranaNya & kita bakal mati keranaNya. Nanti akan mengadapNya untuk sesi soal jawab.

DariNya, untukNya, kepadaNya. Solatlah

 

Credit to : shabaruzaman

Tahukah anda? Teh boleh menyebabkan gastrik!

Ramai kalangan kita yang kini mengamalkan meminum teh sebagai pengganti minuman yang lain. Ada yang mengatakan bahawa teh adalah minuman yang sihat kerana kurang/tiada kafien dan sebagainya.

1.jpg

Namun terdapat juga khabar yang mengatakan bahawa teh boleh menyebabkan gastrik? Jom kita baca kupasan berikut.

Sebelum itu kita harus faham apa itu gastrik. Gastrik merupakan satu penyakit perut yang disebabkan oleh Jangkitan, Hakisan asid, Autoimune Disorder(penyakit yang mana imunisasi menyerang tubuh badan dengan tiba-tiba), pengaliran balik hempedu ke dalam perut(bile reflux) dan boleh juga disebabkan oleh anemia. Tanda-tanda gastrik ini ialah masalah pencernaan, pedih ulu hati, sakit perut, cirit birit, hilang selera makan dan banyak lagi.

drugs-affecting-gastric-acid-secretion-and-motility (1).jpg

Berbalik kepada teh, adakah benar teh menyebabkan gastrik?

Teh ada dua jenis, iaitu berkafien dengan tidak berkafien. Namun kesan kedua-duanya terhadap gastrik adalah sama. Satu kajian dilakukan yang mana kesan asid gastrik terhadap 36 pesakit gastrik dan 56 yang tidak menghidap penyakit gastrik. Kajian mendapati bahawa tindak balas asid gastrik bagi kedua-dua kumpulan adalah sama tinggi.

foods-that-help-gastritis.png

Asid gastrik sangat bertindak balas terhadap teh. Teh dapat merangsang jumlah rembesan asid gastrik di dalam perut manusia yang mana secara tidak langsung akan berlaku lebihan rembesan asid dalam perut dan menyebabkan hakisan. Hal ini akan menyebabkan penyakit gastrik berlaku.

Oleh yang demikian bagi mereka yang menghidap gastrik disyorkan untuk tidak meminum teh. Namun jika teringin meminum teh, anda boleh mencampurkannya dengan susu dan gula kerana susu dan gula dapat mengurangkan tindakbalas asid gastrik terhadap teh tersebut. Bagi mereka yang tidak menghidap penyakit gastrik, anda seharusnya bijak merancang masa yang sesuai untuk meminum teh. Adalah tidak sesuai jika kita meminum teh lebih daripada 2 kali sehari.

c455b908-a47e-4e53-9748-63591db045ba.jpg

Sila ambil perhatian bahawa terdapat teh yang kurang memberi kesan kepada asid gastrik. Sebagai contoh grean tea dan chamomile.

Fikir-fikirkan lah. Semoga bermanfaat.

Chill

Drugs-affecting-gastric-acid-secretion-and-motility0-diag-gastritis

 

Mitos atau Fakta! Kereta Auto lebih kuat makan minyak daripada kereta Manual?

Kereta manual pernah mendominasi pasaran pada suatu masa dahulu. Pada ketika itu, pembelian kereta automatik ini masih kurang kerana kecekapan kereta automatik yang masih lemah. Namun kini kereta manual dilihat semakin pupus. Lihat sahaja contoh kereta keluaran tempatan iaitu Produa Myvi. Kalau dahulunya pengeluaran kereta manual lebih banyak berbanding automatik, namun kini Myvi terbaru(2018) hanya mengeluarkan satu varian Myvi manual di pasaran. Kenapa ya?

automatic-vs-manual.jpg

Bercakap mengenai fuel consumption berbanding manual dengan auto, adakah benar atau hanya mitos semata-mata. Baik lah ini jawapannya.

Mitos dan Fakta! Baca di bawah untuk mengetahui selanjutnya.

Fakta!

USC70CHC302B021001
Chevrolet Cruze Eco

Mengapa fakta? Ambil kira keluaran kereta automatik 5 tahun kebelakang, kebanyakan kereta automatik ini dikatakan kuat makan minyak. Hal ini telah dikatakan oleh Albert Clark yang juga penulis mengenai kereta. Sememangnya terbukti kereta auto “kuat makan minyak” berbanding manual. Hal ini disebabkan ketidakcekapan sistem komputer enjin pada ketika itu. Juga disebabkan oleh pelbagai perbezaan teknologi pada setiap kenderaan. Satu lagi contoh yang dibuat oleh fueleconomi.gov mengatakan Sebuah kereta Chevrolet Cruze Eco memakan minyak 24 mpg bagi varian manual berbanding varian auto iaitu sebanyak 31mpg ketika bersiar-siar di kawasan bandar. Mungkin benar! atau…

Mitos!

2014_ford_focus_angularfront
Ford Focus 2014

Namun begitu, sesuai mengikut peredaran zaman, ungkapan kereta auto kuat makan minyak ini tidak lagi releven. Semakin banyak teklonogi yang dibangunkan untuk menghasilkan enjin yang lebih jimat minyak. Sebagai contoh menurut fueleconomy.gov mengatakan bahawa kereta Ford Focus 2014 yang menkomsumsi minyak sebanyak 31mpg bagi kereta manual dan 30mpg bagi kereta auto dalam jarak perjalanan yang sama. Ada lagi contoh yang lain iaitu Nisan Versa yang juga menunjukkan bahawa kereta auto mereka lebih jimat minyak berbanding manual.

Dengan adanya teknologi eco yang ada pada kereta moden, kereta automatik semakin bijak dan jimat. Kereta automatik kini sudah setanding dengan kereta manual dalam pelbagai aspek. Kereta automatik juga kini semakin selamat apabila telah dilengkapi dengan anti collision yang mengelakkan kita terlanggar pada benda yang ada dihadapan kereta kita. Bukankah itu pilihan bijak?

Kesimpulan.

results-gauges.jpg

Kesimpulannya peratusan penggunaan minyak bagi sesebuah kereta itu bergantung kepada teknologi dan juga penggunaan. Jika anda sering memandu laju dan membrek secara mengejut juga meningkatkan penggunaan bahan bakar kereta anda. Jika anda ingin membeli kereta, admin menasihatkan agar anda memilih kenderaan yang telah ditakrifkan sebagai kereta eco(ekonomi) yang semakin trend di pasaran. Anda tidak perlu mencari kenderaan mahal keluaran negara lain, tetapi anda boleh sendiri melihat teknologi demikian pada kenderaan lokal kita pada masa kini. Ada yang mengatakan kos membaiki kenderaan automatik tinggi berbanding manual? Ada benarnya namun kenderaan pada masa semakin rendah kos alat gantinya. Selain itu pengeluaran alat ganti manual akan semakin pupus memandangkan kenderaan auto sudah mendominasi jalan raya.

Perodua-Myvi-three-door-1-e1511746162164-630x331
Myvi 2018 1.3 Manual.

Up ↑